Petua Di Dapur, Pelbagai Sumber Resepi, Snek dan juadah ringanJuly 19, 2007 1:40 am

Kuah ini adalah jenis yg dimasak dan tahan lama. Utk yg biasa, hanya digunakan petis, cili padi, belacan bakar, air asam jawa, kacang tanah tumbuk, gula dan garam. Taburkan bijan goreng semasa menghidangkannya.

KUAH ROJAK ALAF 21
40 g cili kering, direndam air panas
40 g belacan
75 g asam jawa } perah & tapis
150 ml air }
750 g gula merah
500 ml air
125 g gula pasir
75 g petis
75 g garam
65 g karamel (boleh dibeli)
50 g tepung pemekat/tepung sos
25 g serbuk perasa
12 g sodium benzoate*
125 g kacang tanah, digoreng & kisar

Cara membuatnya
1. Kisar cili kering dengan belacan dan sedikit air.
2. Jerang cili kisar, air asam, gula merah, air, gula pasir, petis, garam dan
karamel.
3. Kacau selalu hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung
pemekat, serbuk perasa dan sodium benzoate.
4. Bila sos mendidih semula, bubuh kacang kisar. Kacau lagi hingga mendidih
sekali lagi barulah diangkat dan biar sejuk.

*sejenis bahan pengawet


foto cubaan resepi Maya…tanpa petis!!!

RESEPI MAYA WELSHAN:

Bahannya:3-4 ekor udang mentah,udang kering,cili kering,belacan,madu,kicap pekat manis,gula merah,kacang tanah,bijan,garam dan gula…(buahan2 mengikut kesukaan/yang boleh didapati ler… seperti jambu batu,jambu air,epal hijau,nenas,sengkuang,timun)

 

:::Kuah rojak yg simple…sesuai dicuba utk kawan2 yang berada di luar negara gitu..dalam bahan serba tidak lengkap..masih boleh memakan rojak buah kegemaran…sedappp tuuu…satu bowl besar boleh hilang sekelip mata!emoticon:::

 

Resepi Cubaan, Snek dan juadah ringanJuly 9, 2007 12:43 am

500 gm ikan tengiri atau campuran ikan(iwashi,saba,sawara di jepun)
100 gm tepung sagu/tpg ubi @katakuriko

sedikit garam dan ajinomoto jika suka 

sedikit saja air dari peti ais@boleh juga ais kiub(anggaran 2-3 s/b)

Caranya:
Ambik isi ikan dan hancurkan dalam food prosessor dan masukkan tepung ubi/katakuriko serta sedikit garam dan air…dan uli agak lama sedikit biar sebati adunan ikan dan tepung.
Ambil saiz yang disukai dan bentukkan seperti kerpok lekor ala losong & boleh direbus,digoreng jika suka dan sediakan pencicahnya sekali.