Keki To Muffin Oishii Ne, Siri Belajar Memasak, Kelas ilmuSeptember 1, 2009 4:42 am

Ilmu yang dipelajari pada 26 Julai 2009 dari IRABAKERY(boleh klik kalau nak tgk)!!!

Antara foto koleksiku yang ada dan ehsan dari cikgu kelas…tq ya Shanti Faridah!

rakan seperjuangan…alamak terlebih sudahhhh!!!

syok dapat berguru…dekat lak tuh..jiran seksyen 7 je!

posing masing2…bangga ngan produk hiasan cc..huhu!

hasil bersama partner Sue..lefhanded day!!!

Utk dibawa pulang..hasil keras tanganku!!!

saja2 main2 ngan fondant lebihan!!!

nak rasmi 2 layer serving plate..hihihi!!!

 

Siri Belajar Memasak, My biz-home bakery, Kelas ilmuNovember 11, 2008 1:16 am

:::Cubaan pertama gitu…ni hasil yg berguru kat YUMMY BAKERY…insya-Allah masuk list untuk jualan…mungkin juga akan dibuat kelas tapi kenalah practice make perfect dulu aaaarrrrr juga tunggulah anakanda yg kecik membesar dulu dan bila dah pindah rumah sendiri…dan tambah kelengkapan di dapur…harap2 tahun depan leh start seberapa segera…huhuhu….tak sabar nak masuk kelas lain pula nak tambah ilmu. emoticon emoticon emoticon:::

Ayam & Daging Lazat Terperi, Siri Belajar MemasakAugust 6, 2007 4:52 am

Bahan-bahan

10 biji telur - direbus & kupas kulitnya

1 kg daging cincang - dicuci & toskan airnya

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar lada sulah (jenis biji) - kalau serbuk 1 sudu teh

garam - secukup rasa

gula - semanis bahasa (kata Kak Mah)

2 sudu besar tepung jagung @ tepung kanji/ubi

 

Cara Membuatnya:

1. Tumbukkan lada sulah hingga hancur/halus, diikuti dengan halia dan bawang putih.

2. Ambil bahan yg telah ditumbuk tu dan gaulkan bersama daging…kemudian masukkan garam secukup rasa & gula semanis bahasa…

3. Campurkan tepung jagung untuk bagi daging tu melekat…kalau guna daging cincang buatan sendiri tak perlu campurkan tepung jagung …gaul rata dan perapkan seketika…biarkan adunan mesra

4. Bahagikan daging yang telah diperap kepada 10 bahagian

5. Ambil sebiji telur rebus yg telah dikupas kulitnya…dan salutkan/dibungkuskan telur tersebut dengan 1 bahagian adunan daging tu…lakukan perkara yg sama sehingga habis…

6. Panaskan minyak didalam kuali…gorengkan telur yg telah dibungkus…balik-balikkan seketika…supaya masak rata…bila dah masak rata bolehlah diangkat…

Bahan-Bahan untuk Sos

1-2 biji Cili Merah (tak ada…cili hijau pun boleh) - potong serong

1/2 - 1 labu bawang besar - dimayang

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)

2 - 3 sudu besar Sos cili

3 - 4 sudu besar Sos Tomato

Garam

Gula

Bawang besar - potong memanjang (kalau bawang tu tak besar sangat bolehlah dibelah 4 sahaja)

Kacang peas

Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dlm periuk/kuali @ apa2 ajer…tumiskan rempah 4 sekawan…biarkan hingga garing sikit

2. Masukkan bawang besar yg telah dimayang…kacau dan goreng hingga bawang kekuning-kuningan

3. Bila bawang dah garing masukkan cili merah, cili sos & tomato sos…kacau rata…

4. Masukkan pula sedikit air dan juga bancuhan air tepung jagung…kacau rata dan tengok kepekatannya…kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi…

5. Masukkan garam secukup rasa dan gula semanis bahasa…rasakan masam, masin dan manisnya…ikut citarasa sendiri…kalau apa yg tak kena tu pandai-pandailah nak menambahnya…

6. Biarkan masakan mereneh seketika…bila sos dah cukup masak…masukkan telur bungkus yg telah siap digoreng itu dan siramkan sos ke atasnya…supaya mesra…

7. Sambil-sambil tu masukkan bawang besar yg telah dipotong/belah memanjang dan juga kacang peas…dan biarkan layu seketika…kalau ada tomato bolehlah dibelah-belah dan masukkan juga…

8. Bila semuanya sudah sebati/mesra bolehlah diangkat dan telur bungkus tu bolehlah dibelah 2 dan dihidangkan…

 

:::Lagi2 hasil usaha Puan marizah selaku juru taip resepi..honto ni domo arigatou..kita ambik simpan kat sini utk rujukan..mudah2an dapat manfaat sama juga::::emoticon 

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 31, 2007 1:14 pm

Bahan-Bahan:

2 - 3 keping ayam boneless - (dipotong kecil)

2 - 3 peket udang - (belah belakang & buangkan uratnya)

Kobis - (dipotong-potong)

Sawi - (dipotong-potong)

1 sudu besar lada hitam - (tumbuk halus)

1 inci halia - (tumbuk kasar)

7 - 8 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

1 sudu besar udang kering - (tumbuk kasar)

1 biji bawang beasar - (dimayang

1 kg mee 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)

Bahan hiasan/bahan tabur bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup hirisaan limau nipis .


kita gantikan ayam ngan daging pon sodap….

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk…tumiskan bawang besar…kacau dan biarkan hingga kekuningan

2. Lepastu masukkan bawang putih yg telah ditumbuk bersama dengan lada hitam…kacau selalu supaya tidak hangus

3. Kemudian masukkan pula isi ayam…bila agak-agak ayam separuh masak…masukkan pula udang

4. Biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan udang kering

5. Lepastu masukkan air…agak-agak mengikut banyaknya mee…biarkan kuahnya mendidih

6. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa & semestinya gula semanis bahasa…rasakan kesedapannya…kalau tak ummmph tu tambah-tambah ler apa yg patut 7. Masukkan kobis, sawi dan bawang besar yg di potong memanjang…biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan mee dan kacau…biar mesra

 

:::Berguru ramai2…ada tukang salin resepi,tukang ambik foto,tukang sinsing lengan sama2 lagi best..baru seronok kerja lambat menjadi ceapt…terima kasih buat yang sudi menyalin resepi ini..tuan rumah …dan tukang masak import jauh dan kita antara tukang copynya..hehehe..moga dapat pahala bersama2..ye tak?:::emoticon 

Kuih Muih Kegemaran, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 14, 2007 7:07 am

Bahan untuk doh(adunan tepung):Diubah suai sedikit mengikut ketepatan/kesesuaian…gomen ne ye kak mah!emoticon

 

1. Gandum    -   1/2kg (menghasilkan 4 biji)
2. Majerin     -   4 sudu besar
3. Garam      -   Secukup rasa(2 s/k)
4. Gula         -   Secukup rasa(4 s/b)
5. Minyak masak - 1/2 cawan untuk merendam
6. Air suam (suhu 60)- 275 ml@1 1/2 cawan jgn penuh

Bahan untuk inti:

1. Daging cincang - 250gram (boleh buat 4 biji)
2. Rempah Kurma Cap Jam- 2 sudu besar dan jadikan pes
3. Bawang putih    - 2 ulas
4. Bawang besar   - 3 biji}disagat & potong dadu dan halus
5. Garam              -  Secukup rasa
6. Gula                 -  Secukup rasa
8. Minyak masak  -  Sebanyak yg perlu
9. Telur                -  4 bijik{2 untuk inti+2 untuk masa tebar~pukul sebati)}

Tumis 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dgn sedikit minyak hinnga garing .Masukkan pes rempah kurma..tumis hingga wangi baru masukkan daging..biarkan sehingga agak masak…selepas itu baru masukkan bawang besar..masak hingga agak kering.Rasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan sejuk baru campurkan telur dan kacau rata.Inti ini juga boleh disediakan sebelah malam.

Cara membuat doh:

Tepung diuli dgn air suam yg dicampur (gula + garam)sedikit demi sedikit sehingga agak lembut. Bahagikan kepada 8 doh.Rendamkan dgn minyak dalam bekas tertutup…agak2 terendam jika kurang minyak tambah sikit dan bubuhkan sedikit mentega dikelilingnya.

Biarkan semalaman jika mahu makan pagi atau jika mahu mkn petang buatkan di awal pagi. 

Doh yg diperam di ambil dan dinipiskan/ditebar dgn menggunakan minyak dari doh yg diperam…nipiskan agak lebar dgn cara menenyeh2 guna tapak tgn dengan lembut supaya mengelakkan terkoyak dan dibentuk bulat untuk meletak inti.

Letak 2 sudu besar telur dibahagian tengahnya selepas itu pula 2 sudu besar inti ditengah2 dan lipat 4.

Goreng dgn sedikit minyak atas dan bawah.Tak perlu garing sangat.

Buatkan lapisan nipis satu lagi dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti juga bahagian tengah baru susun murtabak pertama tadi dgn yg lapisan cantik di bahagain atas.

Lapiskan lagi dgn 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 4.Boleh digoreng agak garing sedikit untuk bahagian atas dan bawah.Maka dengan ini akan terhasillah@nampak lapisan murtabak bila dipotong kecil2.

Bolehlah dihidang dan sedap dimakan panas2 dgn kuah cuka tadi atau kari mengikut kesukaan keluarga anda.


Yg ni result praktikal sehari selepas….

Kuah:
1. Cuka                -1/2 cawan+ sedikit air masak,sedikit garam(1 s/k) dan gula(3 s/b)}kacau hingga larut
2. Bawang Besar  -  1/2 -1 biji (seeloknya yg warna merah)}disagat halus atau potong nipis2.

 

 
:::Panas2 berguru semalam…memang sedap dan patut dicuba..terima kasih banyak2 Kak Mah(Mak Ejey yg datang ke sini tgk cucunya selama sebulan)…Chef dari jauh lagi …Kelate maghi…seronok dpt menuntut ilmu..bukan calang2 orang Kak Mah ni tapi orangnya begitu merendah diri..terima kasih daun keladi…nanti boleh berguru lagi!:::emoticon

Nihon No Ryori, Siri Belajar MemasakJuly 12, 2007 10:16 am

 

Sanma yg dah masin di bakar cuma letakkan shoyu(kicap) dan dihias dgn daikon(lobak putih) parut serta hirisan lemon utk diperah.

 
Kinpira Goubo:

Tumis cili potong jepun(beli yg siap) dgn minyak goma/bijan,masukkan goubo (beli yg siap dihiris),masukkan tsumenyu agak banyak dan biarkan agak kering..siap.

Miso shiru segera:

Panaskan air hingga mendidih dan masukkan paket ikut saiz dikehendaki.Jika suka tambahkan wakame,tofu lembut dan hirisan nananegi/daun bawang yg besar.

*Boleh dihidang bersama  dgn nasi jepun*

Juga petua memasak nasi jepun(Rancangan Apron With Love)

-Beras dicuci 2 kali terlebih dahulu,rendam dgn air selama 3 minit,cuci sekali lagi dimasak.Insya-Allah sedap di makan….jika mahu buat onigiri masukkan sekeping daun nori!

 

 :::Kinpira goubo dah jadi kegemaran ibu…terima kasih Bu..sudi tunjukkan demonya walau hajat dihati nak tanya resepi aja…honto ni domo arigatou:::emoticon

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 10, 2007 5:07 am

*sukatan agak2 mengikut citarasa dan saiz keluarga*

1 kilo mee kuning 

1/2 biji bawang besar@10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 cawan udang kering

segenggam kecil cili kering mengikut kesukaan kepedasan(rendam air panas @direbus dulu sebelum dikisar dgn sedikit air dan minyak)

1/2 kilo  daging serta air rebusan daging(rebus agak lembut)

1 paket keledek dibuang kulit (5 ketul) -direbus dan dilenyek hancur guna senduk dgn sedikit air rebusan tadi ( jgn diblender kerana agak halus…lebih sedap biarkan agak berketul2)

1 paket udang mentah saiz sederhana 

1 paket Chikuwa (sosej ikan utk dijepun)@boleh fishball@fish cake

6 biji telur

sayur sawi @kubis cina

5 biji tomato saiz sedang-dibelah 8 

sepaket tauhu goreng dipootng 2 dan dihiris panjang 

sedikit bawang goreng 

seketul belacan saiz ibu jari 

daun sup dan daun bawang jika suka 

juga kacang tanah goreng yg tumbuk halus jika suka 

 

Caranya:

Blend asing cili kering kemudian kisar udang kering, bawang putih & bawang merah dgn sedikit air.

Pijarkan minyak dalam kuali dan goreng belacan dulu.

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga agak  garing dan wangi.Baru masukkan cili kering dan biarkan sehingga tumisan agak garing.

Masukkan udang, daging rebus serta air rebusan dan keledek hancur.Biarkan lama sedikit sehingga nampak agak pekat.

Masukkan tauhu,telur, sayur dan rasakan garam.Tutup api baru masukkan tomato.

Cadangan Hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Taburkan bawang goreng,daun sup & daun bawang,kacang tumbuk jika suka.

:::Seronok bila berguru ni..banyak pulak tip diperolehi masa kelas berjalan…sambil2 cerita itu dan ini…alhamdulillah..moga berkat ilmu diperolehi!Lain orang lain style masakan..yg itu kita nak tahu ni….hehehe…buat bekalan!emoticon:::

Nihon No Ryori, Siri Belajar MemasakJuly 9, 2007 12:35 am

APPLE PIE (acuan 22 cm)

Bahan-bahan:
 
150g butter Hokkaido( beku)
200g tepung gandum(sepatutnya 150 tpg gandum+50 gm tepung roti)
1/2 s/k gula
secubit garam
sedikit saja air sejuk dari peti seeloknya

Inti:
4 biji epal hijau di potong-potong dadu(gunakan renji dlm 8-10 minit utk lembutkan)
1 sudu kecil serbuk kayu manis dan sedikit serbuk pala/nutmeg( optional )
2 s/b lemon jus
gula pasir mengikut suka kemanisannya( actually dr resepi 100 gm)
*sedikit  kismis sebagai hiasan jika suka*
kuning telaur untuk sapuan
Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur. (atau yg Ibu Lita demokan hari tu just guna renji(kukus pun boleh)…selepas itu apple digaul dgn 1 s/b corn starch +2 s/b tepung gandum supaya sebati dan gaulkan dengan gula dan jus)
Ketepikan.


Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab/wrappping dan ketepikan selama 15-20 minit didalam peti seeloknya.
.
Canai sehingga tipis dan dilipat lagi dan dicanai sehingga tipis. Sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung diatas nya .Letakkan pie dan cucukkan dengan garfu serta buang keliling mengunakan pisau atau gunting.Masukkan filling apple dan taburkan kismis jika suka. Lebihan pie tadi dicanai panjang dan dipotong jalur panjang dan boleh dijadiakan hiasan utk bahagian atas hiasannya seperti cara membuat tikar silangnya.Sapukan dengan kuning telur diatasnya…

Bakar menggunakan oven 160 -180 darjah sehingga masak (dlm 40 minit)dan agak  kekuning-kuningan.

Siri Belajar Memasak, Koleksi AntarabangsaJune 8, 2007 2:40 am

Capati:

Tepung capati diuli dengan sedikit air sejuk sehingga tidak melekat
ditangan(kalau ikut pengalaman tak rasminya 400gm tepung dengan 150
cc air dan boleh dapat dlm 10 keping dan lauk ayam tuh kurangkan buat sekor jer) lalu diambil sedikit(agak2 saiz satu genggam) dibentuk
bulat kemudian dileperkan lalu disapu tepung sedikit dan boleh
dicanaikan agak sederhana ketebalannya.
Bakar diatas api sederhana sehingga masak.Kalau dah jozu boleh
gunakan api garang…petua cheflah nih!

Bahan untuk kari ayam Pakistan:(utk saiz famili kurangkan kepada 1 ekor ayam dan bahan2nya)

3 ekor ayam dipotong kecil2
4 biji bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih dipotong kasar
3 biji tomato saiz besar dipotong kasar
2 1/2 s/b chicken masala +2 s/b tandoori masala (alternatif kepada
rempah kari kurma pakistan,lagi sedap kalau ada)
3 s/b chili powder
sedikit kulit kayu manis dan buah pelaga
sedikit yogurt kalau ada

Caranya:

Panaskan minyak dan masukkan ayam dan sambil balik2 kan sehingga
agak kering airnya.
Masukkan pula bawang putih,rempah ratus dan bawang besar dan masak
sehingga bawang agak hancur sambil dikacau rata.
Baru masukkan chili powder dan dikacau rata.
Kemudian masukkan garam dan perlahankan api.
Masukkan pula chicken masala dan tandoori dan masak sebati baru
boleh ditambah air panas ikut kepekatan yang dikehendaki.
Akhir sekali masukkan tomato sehingga agak hancur dan siap boleh
dihidang panas dengan capati.

:::Kenangan kali pertama belajar memasak di Kamegawa…berguru dengan Chef Pakistan mari…betul ni tak tipu punyer!!!Power kalau makan panas2….emoticon 

Kuih Muih Kegemaran, Siri Belajar MemasakMay 3, 2007 4:25 am

250gm tpg pulut Jepun/dango/mochi(1 paket menghasilkan lebih kurang 20-25 biji ikut saiz)
130-150 ml santan pekat
30 gm pulut hitam diblender halus
1 cawan kecil inti kelapa(kelapa kering+kurozato+gula perang+air+sehelai pandan)
sedikit garam
sedikit minyak dilengser pada luar kulit supaya berkilat

*gunakan kertas kalis minyak bagi menggantikannya dengan daun pisang *

 

 Caranya:

Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan lengserkan dengan sedikit minyka dibahagian luarnya. Setelah itu bungkuslah adunan itu dengan kertas seperti membungkus nasi lemak. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak dengna api sederhana.

:::Actually tak pernah makan kuih ni kat Malaysia sebab bukan pengemar kuih bila merantau tu keinginan kat kuih Melayu  begitu ketara….dah jadi peberet lak kami sekeluarga…senang juga rupanya nak menyediakan kuih ini.Domo arigatou kat Sensei Marizah…anak murid sorang ni dah mencubanya banyak kali..hehehehe..baru 3 kali ler..pandai2 wat ayat!emoticon:::