Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaSeptember 1, 2009 5:03 am

sebelum(dari kamera hp aje)…

 

sesudah(sori kualiti foto amat tidaklah memuaskan)

Bahannya:

6 ekor sotong saiz sedang(kalau dpt yg ada telur lagi sedappp)

1 cawan beras pulut(boleh tambah ikut kesukaan tapi kena padan ngan santan la pulok)

1 1/2 cawan santan pekat

2 keping nise Qlate/gula melaka(boleh tambah ikut suka kemanisannya)

Sedikit gula pasir jika suka dan secubit garam

1/4 sudu teh halba

2-3 helai daun pandan

sedikit lidi sebagai pencucuk(12 btg ikut jumlah sotong lah yer pastu X 2)

Caranya:

Rendam beras pulut dgn santan dan halba dalam 1/2 jam.

Sumbat beras pulut kedalam sotong separuh sahaja dan letakkan kepala sotong dan cucuk dengan 2 lidi secara bersilang seperti gambar contoh.

Masuk dalam kuali santan,pandan,halba,gula,nise dan garam serta lebihan beras pulut boleh dimasak bersama(biasanya saya lebihkan sbb suka makan sotong bersama pulut kat luar tuh…kaw2..sedapnyaaa tak terkata!

 

Bolehlah dimasak sehingga pulut didalam masak dan luar sotong  berkilat cantik gitu…dan dihidang sebagai appetizer!

:::Masakan ini sesuai utk juadah berbuka puasa biasanya…sebagai pemanis mulut rakyat Qlate…iaitu salah satu peberetku..teringat dolu2 kakak rajin membuatnya..kita tukang makannnnn,satu ekor tak cukup pulokkkk..adik beradik ramai….huhuhu..dah besar panjang kena buat sendirilah kalau dah teringinnnn sangatttttt!!!Mudah aje kannnnn..kannn…cubalah kalau anda peminat seafood mesti tak nyesal punyer!!!emoticon:::

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 30, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 26, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Seafood Pelbagai RasaOctober 24, 2008 7:10 am

Sumber:Baby Batriesya Fotopages


Udang(sederhana besar)
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit cili padi
Sedikit nestum
Telur
Daun kari
Garam
Gula

Goreng udang sebentar. Ketepikan. Tumiskan bawang putih, halia dengan cili padi serta daun kari hingga wangi. Pecahkan telur dan kacau dengan api kecil. Masukkan nestum dan udang tadi. Masukkan bahan perasa. Siap.

:::Walau agak simple tetapi tetap sedap…ada rasa kombinasi cili,halia bawang putih dan daun kari yang pasti cukup menyelerakan:::

Seafood Pelbagai Rasa, Pelbagai Sumber ResepiFebruary 28, 2008 9:01 am

Bahan2:

2 ekor ikan kembung saiz besar-digaram kunyitkan dan dibakar. (boleh juga diguna utk ayam)

1 cawan santan pekat atau terpulang jika mahu lebih

3-5 sudu besar tepung beras dicampur sedikit air 

sedikit air asam jawa@asam keping

garam dan gula secukup rasa 

Bahan tumbuk/blender:

4 biji bawang putih 

3 batang serai-dititik

3 cm halia 

2 camca besar ketumbar

1 camca kecil jintah putih

1 camca kecil lada hitam

 

 

Caranya:

1)Tumbuk kesemua bahan kecuali serai .Tumiskan semua bahan dgn sedikit minyak hingga agak wangi.Masukkan santan dan tepung beras.Biarkan mendidih dan kelihatan likat dan masukkan air asam@asam keping kemudian rasakan garam serta gula.Bolehlah dicelupkan ikan ke dalam kuah atau kuah boleh dituang keatas ikan bakar tadi.

 

 

Seafood Pelbagai RasaFebruary 6, 2008 1:01 am

Sumber:Puan Juliza Adlizan(artis yg pandai memasak..dgr citer la) :Majalah Seri Dewi & Keluarga MAC 2006

 

Bahan2:

Seekor ikan tenggiri sederhana besar-dipotong keping

10 tangkai lada merah}diblender

10 ulas bawang merah}

5 ulas bawang putih}

1 labu bawang besar}

4cm belacan}

3cm lengkuas}

4 batang serai}

secekakk kacang bendi

secekakk daun kesum

bunga kantan

secekak daun ketumbar

asam jawa-ambil airnya

semangkuk cili giling

4 biji tomato-dipotong 4

2 biji limau nipis 

1 cawan air 

 Cara memasak:

1) Tuang minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan serai.

2) Kemudian masukkan air  dan biarkan mendidih.

3) Masukkan air asam jawa,bunga kantan dan daun kesum.

4) Masukkan pula ikan tenggiri yg telah dipotong dan biarkan mendidih.

5) Akhir sekali masukkan tomato,perah limau nipis,kacang bendi dan daun ketumbar. Hidangkan ketika panas.

 TIP:

-Pastikan lada dimasak hingga baunya menjadi wangi.Pastikan juga dimaska pada api sederhana supaya lada tidak hangit.

-Anda juga boleh menggunakan nenas atau limau nipis untuk menggantikan asam jawa. 

 :::Sedap juga first time cuba….tapi disebabkan pernah rasa Asam Pedas Melaka Cik Puan Marizah masa kat Jopun dolu2 lagi sedap…cuma kalau nak lebih simple boleh guna yg ni dan tak mengecewakan juga..bagi sapa2 yg tak suka buh jintan2..leh cuba yg ni!emoticon:::

 

 

Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaDecember 18, 2007 6:41 am

300 gm udang kertas digaram kunyit(buang kepala,belah belakang buang urat)

10 tangkai cili kering-rendam air panas dan blender kurang air

1 biji cili merah besar-blender

1 labu bawang besar-blender

2 ulas bawang putih-blender 

1 biji labu bawang besar utk dihiris 

segenggam petai jeruk/fresh dipotong kecil2(boleh buang kulit atau dgn kulit)

sedikit air asam jawa

sedikit belacan dibakar(blender bersama bawang) 

garam dan gula sebagai pelengkap

 

Caranya:

1)Panaskan minyak,goreng udang separa masak terlebih dahulu. Ketepikan dan minyak pastikan biar berpadanan dgn bahan tumis.Tumis hingga garing/hilang bau cili kering+cili merah.Baru masukkan bawang +belacan yg diblender .Masak hingga agak kering dan warna merah cantik.

2)Masukkan udang dan petai ,air asam jawa dan biarkan masak dan agak kering kemudian rasakan garam dan gulanya. 

Nasi Selera Idaman, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJune 26, 2007 6:47 am

1 cawan pulut +3 cawan beras nasi dagang@jika tiada memadai gantikan 3 cawan beras jepun +1 cawan beras Thai(Ala T’ganu versi)

1 biji kelapa(seeloknya diperah gunakan kain putih jarang utk dapatkan santan pekat)/sbb di Jepun gunakan saja 1 tin santan :bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

10 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih-dimayang halus
2 cm halia-dimayang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula pastikan secukup rasa
Cara:
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 4 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Gulai kunyit lengkuas ikan tongkol:

1 ekor ikan tongkol yg sederhana saiz yg dipotong kecil ,dibersih dan direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam.
1 tin santan
10 biji bawang merah@1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering ikut suka
1 cm lengkuas
2 cm kunyit
1,2 asam keping
5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2)
Sedikit garam dan gula atau nise kelate.

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya…

Sambal kelapa:

-2 ekor ikan kembong@ 2 ekor ikan aji saiz sedang(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut/kering

Caranya:
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

 

:::Kami suka buat time gathering…kerja gotong royong,makan ramai2… especially hari rayo,cukur rambut anok2 sedaro ko bila pulang ke kampung..nostalgianya!Kat Jepun pun boleh gakkkk…janji rajin nak mengukus…hihihiemoticon