Sayur Aneka Citarasa, Resepi KeluargaNovember 22, 2007 8:34 am


harap maaf foto kurang memuaskan pula… 

Bahan-bahannya

1/4 ekor ayam-dipotong kecil2{lebih sedap jika dpt yg tulang2 (cthnya bahagian tengkuk,kaki,kepak dan jika sukakan pedal ,jantung atau hati ayam boleh juga}.
1 biji jantung pisang saiz sedang – kalau boleh dihiris-hiris halus baru cantik,direndam dlm air berisi garam kasar dlm 1-1/2 jam baru ditapis,perah utk buang kelatnya.
1 biji kelapa- ambil 2 cawan santan pekat
3 s/b kerisek
1 biji cili merah dan 1 biji hijau~dihiris agak panjang
garam ,gula@nise kelate secukupnya
sedikit air asam jawa/1 asam keping
4 s/b rempah kari daging timbang dr Pasar Siti khadijah( 1 paket pun ok jika rempah baba’s)

Bahan Kisar/tumbuk:


7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit cili kering ikut citarasa/kepedasan(rendam dlm air panas terlebih dahulu)

Cara Membuatnya
1.Tumis bahan kisar/tumbuk hingga wangi.Baru masukkan rempah kari.Biarkan agak wangi baru masukkan potongan ayam tadi.Biarkan ayam masak sebati dgn kari tadi.
2.Masukkan jantung pisang ,bila sudah agak lembut jantung, masukkan kerisek, garam dan hanya sedikit gula/nise.
3.Kacau dan biarkan sehingga kuah agak pekat. Masukkan cili potong. Masukkan sedikit air asam jawa dan rasakan masin dan masamnya(sedikit rasa masam aja),biarkan masak sekejap,digaul2 dan bolehlah siap dihidang.

 

:::Makanan in biasa dihidang sebagai pelengkap set kenduri kahwin di Kelate..dulu2 selalu gak "bekwoh" dorang buat ni..tapi loni susahnya nak jumpa..peberetku so kena berguru ngan mak ler nampaknya….aduhai sedapnya kaalu dpt set lengkap sepertiayam masak merah,gulai kawah kelate,sambal lado….tok kelih oghre doh!!!Nama tu diletak sbb kat Bukit Marak sana nun tempat kudilahirkan…ada sejarah Puteri Saadong terabadi…kolam Puteri Saadong pun masih wujud hingga kini rasanya:::emoticon 

Sayur Aneka Citarasa, Pelbagai Sumber ResepiNovember 11, 2007 11:34 pm

 

1 ikat pucuk Loong Soh Choy(boleh didapati kat TESCO)

1 cawan santan agak pekat

6 ulas bawang merah kecil 

1 s/k lada hitam

2 hirisan bawang besar

sedikit hirisan lada merah yg besar

seekor ikan kembung/sardin saiz kecil direbus @jika ada lebihan ikan goreng boleh juga(ambil isinya sahaja).

Sedikit garam buku kasar dan gula 

Caranya:

Tumbuk bawang merah,lada hitam ,garam buku kasar dan ikan rebus@goreng hingga lumat.

Sayur dipotong kecil2 dan masukkan santan,bahan tumbuk,hirisan bawang besar dan cili merah dan masak hingga mendidih.Masukkan sedikit gula dan rasakan garamnya.Siap boleh dihidang tidak perlu masak lama2.

 

:::Sayur kegemaran suamiku…tempat shopping terkini kami…TESCO Saujana Impian…mcm2 sayur kg ada..syoknya..kalau nak tau actually sayur pucuk labu rasanya..saja letak kat atas nama Cina..kasi suspen..balik dari merantau jauh ni..tentulah keinginan kat sayur2 kampung cukup mememikat kalbu..apa lagi jom main masak2 ala kelate style ..versi Bukit Marak..ringkas,mudah,murah dan menjimatkan gitu(kali ini kita guna ikan yg lebihan singgang pun sedap bila digoreng semula).emoticon 

Sayur Aneka Citarasa, Resepi CubaanJuly 26, 2007 6:30 am

1 paket bendi muda-10 batang}potong menyerong

1/2 batang carot}hiris halus dan panjang@potong bulat dan belah 2 

5 ekor udang sederhana saiz dibuang kulit}tumbuk 

sedikit ayam potong kecil2 }jika suka

1 ulas bawang putih}tumbuk

1/4 biji bawang besar - hiris agak kasar

1 biji tomato - belah 8

1 s/b sos tiram

sedikit kicap manis

garam secukup rasa

sedikit lada sulah 

cili besar hijau @merah jika ada}hiris halus 

Caranya:

-Goreng ayam separa masak terlebih dahulu dan ketepikan. 

-Tumis bahan tumbuk hingga wangi,masukkan sos tiram dan bawang besar serta carot dan goreng hingga agak layu.Masukkan tomato dan masak hingga agak hancur.

-Baru masukkan ayam,bendi,cili besar yg dihiris,garam,lada sulah dan kicap manis..rasakan dan boleh dihidang.

 

:::Kira ok jugaklah rasanya maklumlah resepi cubaan…tengok apa yang ada dalam peti ais..nak kuar malas tgh panas2 kering membahang kat luar ni haaa(itulah beza cuaca panas jepun)..jadiklah sayur bagai diberi nama di atasnya!emoticon::: 

Sayur Aneka Citarasa, Resepi KeluargaJune 28, 2007 11:37 pm

Seketul belacan sebesar ibu jari kaki dibakar garing

Sebiji bawang besar dibelah 4 dan dihiris agak kasar

Garam secukup rasa,seeloknya yg kasar

sebiji perahan limau nipis 3 biji cili merah

Sepaket tomato kecil dibelah dua(optional)

sedikit air

Caranya:

-masukkan belacan bersama ,garam,air dan hancurkan hingga larut.

-patahkan cili dlm mangkuk,tenyeh2 gunakan tangan aja atau boleh dihiris dan campurkan bawang dan juga tomato pas tu baru masukan perahan limau nipis dan gaul hingga mesra.

*Sedap dimakan bersama nasi panas yg dicicah terubuk,kembung,daging bakar ke…aduhai kecur air  liurku! Lauk lain tak nampak daaaaaa……….emoticon*

 

 

 :::Kenangan berguru dengan arwah bapak mertuaku…sedap dimakan dgn terubuk,kembung atau daging  bakar…kenangan manis itu tetap terpahat di ingatanku…moga arwah tenang bersemadi di sana hendaknya (tanggal lewat 23 Jun 2007)Al -Fatihah!!!::: emoticon

Sayur Aneka Citarasa, Resepi KeluargaFebruary 7, 2007 9:59 am

 

 Bahannya:

1 batang carrot-dipotong panjang dan halus

2 batang timun dipotong panjang agak kasar

1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil

1 biji bawang besar dipotong bulat

1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau @capsicum

4 s/b cuka makan dan garam gula secukup rasa

Bijan kuning +bijan hitam untuk taburan@hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati. 

:::Acar mentah kegemaranku…kecik2 dulu selalu memerhatikan arwah ayah yg suka membuatnya sendiri…tapi dah modified skit…cuma tambah bijan ja! emoticon:::