Salam Dari DapurOctober 25, 2007 7:31 am

Alhamdulillhah internet dah dapat sebelum raya…tapi balik raye dulu aaaarrrr…qada 3 tahun punyer…

Insya-allah kehidupan berjalan normal sedikit masa lagi…sementara itu kerja2 menyelongkar kotak2 dari Jepun yg selamat tiba pada 24/10 iaitu semlm akan giat dijalankan terutama mencari segala peralatan memasakku…alahai mcm rajinnnnn sgt nak kedapur…cari dulu brg2..penting tu…yg selebihnya moga dapat angin kus-kus….kan..kan!emoticon

Salam Dari DapurAugust 29, 2007 11:36 am

Laman ini terpaksa kuhentikan buat sementara waktu utk memberi laluan misi kepulangan ke tanahair yg tercinta di bulan September untuk selamanya…operasi membungkus masih diteruskan….banyak sudah barang dapur masuk kotak2…semangat memasak pun agak menurun…namun begitu harap2 selepas ini semangat masih membara untuk menulis dan menulis resepi yang telah kupelajari….lama ke tidak..wallahua’lam….sebab balik nanti dah masuk posa….jeng2 pastu rayalah…kat tanahair setelah 3 tahun merantau.

Buat yg sudi bertamu di sini..insya-llah nantikan..walau pun agak lambat..ade ke yg datang..tak kisahlahhhh…..tapi sayang nak mengucapakn babai kat laman ini..belum puas menitip sesuatu…tapi terpaksa berehat sementara…harap2 sementara cuma!!!

Pasti ku rindukan blog ini………………emoticon .Bagilah blog ni berehat jap naaaa….. emoticon

 

Salam Dari DapurAugust 14, 2007 1:54 am

Tujuan blog ini dipaparkan hanya sekadar berkongsi apa yg telah kupelajari,kueksperimenkan,kukecapi di hujung lidah dengan punyai citarasa tersendiri..yg pasti mahukan resepi terbaik buat selera keluargaku..anak2ku,suamiku selaku orang paling penting memberi komen…kurang itu ..tambah ini…tidak cukup rasa…terlebih masin..manis sangatttt ni….tidak baik utk kesihatan…bla..bla…terima kasih abang!

Dengan itu sebaris nama yg terpapar adalah suatu penghargaan..antara kenal dengan tidak…mungkin hanya mendengar nama2 besar dalam dunia masakan..meniti di bibir2..laman fotopages,blogspot,forum resepi dan lain2nya…resepi kawan2 tidak terkecuali…yang pasti sedap di rasa sehingga teruja utk dicuba….

Lalu terbina laman ini dengan titik peluh sendiri…belajar dan belajar…menambah itu dan ini…dengan harapan..dapat menyumbang sedikit cuma..menyenangkan teman2 di luar sana..yang buntu kadang seperti aku…bukan senang di ceruk dapur tanpa semangat kental..demi utk keluarga…kadang ada pasang surutnya…

Suatu matlamat supaya dapat menghimpunkan secara terabadi sebaris nama2 yang ku pernah kukenali…dialam maya juga…jua buat yang bakal berhajat di ceruk dapur…moga kita dapat manfaatnya sama..Insya-Allah!!! 

:::Terima kasih buat sebaris nama yang dah tertera…mahupun akan terpapar suatu hari nanti….kenangan yg  kutitip dari bumi sakura dan bakal disambung ditanahair sendiri…moga terus bersemangat menyumbang tenaga tak seberapa utk kepuasan diri pastinya…selebihnya jika ada yg sudi bertamu ke sini::::emoticon 

Salam Dari DapurAugust 7, 2007 2:36 am

Bila memasak first time….orang puji melambung…makanan dihidang buat tamu diundang…habis disantap….dipuji2 tak habis.(merujuk kepada Bubur Pulut Hitam percubaan pertamaku)

Bukan mendabik dada….satu rasa kepuasan kita akan rasa dari hati….bahawa kita telah berjaya melepasi satu tahap…mungkin bagi orang berbeza2 mengikut penilaian diri….tapi KEPUASAN …tetap ada…wujud tatkala…kita sendiri juga puas hati merasa…dengan hasil usaha kita…menghasilkan resepi cuba2an..tapi menjadi pujaan ramai.

Alhamdulillah…Allah kurniakan semangat ingin berkarya dalam bidang baru ini…mencuba dan terus mencuba…..cewahhhh..cam lagu sapa ni pulakkkk???

Moga aku terus terus bersemangat waja bukan di medan tempurrrrrrr…. tapi di ceruk dapurrrrrrr…….. emoticon