Ruangan Info, Resepi Keluarga, Salam Dari DapurNovember 3, 2009 2:54 am

 MULAI 31 OKTOBER baru2 ini…saya membuka gerai jualan pertama kali dalam hidup…memperkenalkan keenakkan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK…homemade sudah tentunya!!!

Buat peminat nasi kerabu biru..sila datang beramai2..PROMOSI SEPANJANG NOVEMBER sedang berlangsung…menu special utk weekend sahaja!!!

Didatangkan hidangan STANDARD PACKAGE(RM3.50) & SUPERRR PACKAGE(RM6)

Jemput dtg ramai2..untuk merasai keenakan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK….dptkan harga promosi sempena November utk SUPER PACKAGE!

Boleh rujuk sini untuk gambaran penuh:NASI KERABU BUKIT MARAK

LOKASI:B5 G 8,Jln Ping. Putra 1/2,Tmn Ping. Putra,Seri Kembangan..nearby JUSCO EQUINE,opposite PETRONAS+KFC

Nasi Kerabu Bukit Marak Superrr Package(RM6)

 

 

Ruangan InfoOctober 27, 2009 9:26 am

Rujukan:http://toknabe.blogspot.com/2008/05/bunga-nasi-kerabu.html

Bunga untuk mewarnakan nasi kerabu!!!

Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.

Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara je yang saya tau iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.



Untuk info:Clitoria flower

Ruangan InfoAugust 16, 2009 3:36 am

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

 

:::Oleh itu jangan ragu2 makan budu….hoho..rindunya nak makan ramai2 Kat Bukit Marok cicah budu ngan pucuk kereteh,bunga kunyit dll..bubuh pulok buah durian…tangan dok dalam pinggan budu jah…sampai traffic jam..hehehe…rindu wehhhh:::emoticon

Petua Di Dapur, Ruangan InfoMay 28, 2009 12:31 am

MINUM AIR BERAIS SELEPAS MAKAN=KANSER

ANDA TIDAK PERCAYA???

 Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda.

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

:::Moga menjadi panduan kita sebagai ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta…emoticon emoticon….kowaiiiiiii neeeee!!!!:::

Ruangan InfoMarch 11, 2009 12:38 am

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya…nyit. ..nyit… nyit dan tinggg…..! Makanan panas sudah pun terhidang.

Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah:

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan . Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an.

Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja.

Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan mati’; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. Penemuan mengejutkan Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun.

Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?

Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Antaranya:

http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2.htm

http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html

http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Petua Di Dapur, Ruangan InfoSeptember 22, 2008 6:30 am

Kredit to : http://resipinoraini.blogspot.com/2008/06/mengenai-mesin-pengadun.html

Alat whisk,hook dan K-beater (paddle) Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita. Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega saja yang boleh menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis, sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.

Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun iaitu hook, paddle dan whisk.Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook.

Manakala paddle atau K beater ,digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkerim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai dan lain-lain pastri.

Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang perlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan lain-lain.Alat ini bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.

 :::Ambik info dari blog kak Noraini….senang nak rujuk..thanks a lot akak utk ilmu yg amat berguna ini!:::emoticon

Ruangan InfoJanuary 31, 2008 1:18 am

INFO :- [SOAL JAWAB MENGENAI KRIM PUTAR]

Krim putar dijual di dalam kotak atau karton [seperti susu UHT/segar] dan ia dikenali sebagai ‘whipping cream’ atau ‘double cream’.Krim jenis Nestle yang dijual di dalam tin kecil tidak boleh diputar hingga kental kerana ia jenis single cream atau reduced cream.Anda mesti menggunakan pemutar dan mangkuk yang bersih dan seeloknya disejukkan sebentar di dalam peti sejuk.Semasa memutar,hanya gunakan kelajuan minimum kerana jika terlebih pukul,krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair seperti dadih.Jika ini berlaku,tidak boleh menggunakannya lagi untuk menghias kek.

Saya sering mendapati krim yang dibekalkan oleh pekedai di kedai menjual peralatan bakeri adalah yang terbaik.Mereka sering menggunakan ‘non dairy whipping cream’ yang lebih putih daripada krim jenama biasa yang dibeli di pasar raya.Secara peribadi,saya sangat jarang menggunakan krim [whipping/double] yang dibeli di pasar raya kerana kedua-dua jenis krim ini memang agak ‘bermasalah’.

Mungkin krim tersebut sudah lama dibiarkan di dalam peti pembeku [walaupun tarikh luput masih lambat].Lazimnya,krim yang dijual di dalam karton di pasar raya perlu dicampur sedikit gula aising supaya manis.Jika hendak memutar krim supaya kembang elok,pastikan mangkuk,pemutar dan lain2 tidak mengandungi sebarang minyak dan hendaklah disejukkan terlebih dahulu.Pastikan juga persekitaran dapur tidak terlalu panas.

Krim putar ada di jual di kedai yang membekalkan bahan dan peralatan kek.Daripada pengalaman saya,sesetengah krim putar di kedai akan lebih elok kerasnya [dan mudah dipukul] daripada krim yang yang dibeli di pasar raya besar.Ada jenis krim putar tidak berasal daripada hasil tenusu dan dikenali sebagai ‘non-dairy whipping cream’ yang boleh dgunakan juga.

Krim putar memang mudah rosak.Setelah membuka kartonnya,isikan ke dalam bekas tertutup dan boleh disimpan selama 4-5 hari.Namun begitu,jika anda memukulnya dahulu,kemudian mengisinya ke dalam bungkusan plastik dan diletak di dalam bekas tertutup serta disimpan di dalam peti sejuk [bahagian bawah],ia akan tahan lebih lama.Sebaiknya beli karton kecil [200ml] dan gunakan terus,jangan disimpan.Jika anda meletakkan krim putar di dalam freezer,ia akan tahan lama [3-4 bulan atau lebih] tetapi mesti dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga cair semula sebelum digunakan.Jangan sesekali disimpan di dalam freezer semula setelah membiarkannya cair. - Pn.Norzailina Noordin

Petua Di Dapur, Ruangan InfoJanuary 7, 2008 1:39 am

Terdapat perbezaan antara panggang atas bara dgn panggang atas api,dengan pilihan lebih baik adalah panggang atas bara.Api yg membakar lebihan lemak atau kulit pada daging meninggalkan unsur karbon yg tidak elok dimakan(benzopyrene).Berita buruknya ialah ia menjadi punca barah.

Maka sate yg anda gemari itu alangkah baiknya jika dimakan bersama bawang dan timun dlm kuantiti yg sama banyak. Bawang dan timun itu sedikit sebanyak mengandungi agen penentang yg dpt mengurangkan risiko ancaman benzopyrene dalam tubuh.


Ingat panggang atas bara lebih elok!!! 

Antara langkah yg boleh dilakukan utk menangani masalah ini adalah dgn memastikan makanan tidak dipanggang sehingga kehitaman. Elakkan juga daripada membiarkan panggangan terkena api secara langsung.Selain itu peraman daging sebelum panggangan boleh mengelakkan pembentukan asid hidrosisitrik.

 :::Baru dapat maklumat..terbaca dari KOSMO 6 Januari..elok disimpan di sini buat peringatan diri jua kawan2..dalam pada kita seronok berBBQ kena beringat juga..ambil langkah2 keselamatan..panggang bara jgn API.Sapa tak sayang nyawa oiiiiiii…anugerah sekali saja ni yg kita perolehi!Pada penggemar sate jua…huhuhuhu…dah ler rumah tak jauh dr Sate Kajang Samuri…Abg Long penggemar no.1 lak tu..ingat tu makan timun dan bawang kena sama banyak ngan kadar sate yg di ambil..ingat jgn tak ingat!:::emoticon

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii Ne, Ruangan InfoNovember 27, 2007 2:57 am

CARA NAK KERASKAN COKLAT

Saya ingin mengetahui bagaimanakah caranya untuk mengeraskan coklat. Sebelum ini saya pernah membuat biskut yang dicelup dengan coklat tetapi coklat tersebut lambat kering atau keras. Bolehkah puan terangkan bagaimanakah caranya?.
Cairkan 200 g coklat masakan yg dihiris halus dengan 1 camb lemak sayuran/vegetable shortening. Pastikan tiada setitik air atau wap yg masuk ke dalam coklat kerana ini akan membuat ia berketul-ketul. Ambil sedikit saja coklat (isikan dlm mangkuk kecil) utk mencelup, biar mangkuk (besar) berisi coklat cair tadi di atas periuk air mendidih perlahan. Dengan cara ini, coklat anda sentiasa cair utk digunakan dan ini mempercepatkan proses menyalut coklat pada biskut.

Jika hendak disusun di dalam balang, lapiskan kertas kalis minyak supaya biskut kekal
cantik. Letak balang di tempat yg agak sejuk (bukan di atas peti sejuk kerana ia panas, sebenarnya).

Ruangan Info 1:37 am

Buttermilk adalah baki cecair setelah susu menjalani proses membuat mentega. Inilah cara membuatnya di rumah:

BUTTERMILK
175 ml susu segar/UHT
2 camt cuka atau jus lemon

Satukan kedua-dua bahan dan biar selama beberapa minit supaya ia menjadi masam baru digunakan di dalam masakan

Ruangan InfoMay 22, 2007 7:02 am

Apakah ancaman kepada manusia apabila
memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan
sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran
saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan
fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan
hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke
rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee
maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa
sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi
berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi
sentiasa tersedia.
                               Hamba Allah ini telah kehilangan
rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang
terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai
tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh
Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak
merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan
pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam
tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen
(bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya,
ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan.
Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim
dan tumor.
                               Antara sampel kajian saya yang suka dan
kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba
sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan
tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang
mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan
sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya
ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.
Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap
saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan
sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu
makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya
hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan
syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini
kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali
mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
                               Sebagai latihan pengukuhan kepada para
pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana
kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau
fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini.
Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin.
Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga
insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan
tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan
makan ikan sardin.
                               ***Wassalam wallahualam***

:::Panas2 dapat emel hari ini…benarkah atau tidak…pada pendapat saya…memang elok mengelakkan makan benda2 dalam tin…tapi yg masalahnya..kira peberet jugak tu..harap2 dapat mengelakan selalu makan sardin…mulakan pemakanan yang sihat dan fresh gitu kan?:::emoticonemoticon

Khazanah Malaya, Ruangan InfoJanuary 24, 2007 2:01 pm

Candlenuts (buah keras in Bahasa Malaysia) are cream-coloured waxy nuts. They are often ground into a paste with other spices to thicken and flavour curry dishes.

 

Khazanah Malaya, Ruangan Info 1:56 pm

Tahukah dan kenalkah anda???emoticon