Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Pelbagai Sumber ResepiAugust 18, 2007 7:19 am

Bahan-bahannya(boleh guna gm)
4 1/2 cawan tepung gandum
1 paket (11 gm) yis kering
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton
4 sudu besar tairu (yoghurt)

Cara-caranya
1. Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.
2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/ minyak zaiton, telur kedalam bread machine. Ataupun anda boleh menggunakan mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli sehingga ia lembut dan licin.
3. Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.
4. Setiap adunan roti Naan seberat 70 gram dan dicanai diatas papan canai.
5. Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua belah masak. Angkat dan hidangkan.

Nota: Jika anda suka Garlic Naan, boleh anda cincang 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sapukan diatas Naan pada waktu akhir anda membakarnya. Jika suka Cheese Naan boleh anda taburkan parutan cheese diatas Roti Naan.

 

:::Sedap dipadan bersama dalca daging,kari daging ka..kuah tu biar agak pekat pasti terangkat beb!!!::::emoticon 

Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Pelbagai Sumber ResepiJuly 27, 2007 4:22 am

Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening
3 s/b gula pasir halus

Bahan B*
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam

Bahan C
minyak untuk gorengan
1 s/b majerin
gula kastor

 

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali butter dan shortening dalam Bread Machine atau mesin penguli.
2. Ulikan pada setting ‘Dough’ atau sehingga doh kental.
3. Masukkan butter dan shortening dan uli lagi sehingga kental.
4. Keluarkan doh dan canaikan untuk adunan donut. Peramkan sekejap.
5. Panaskan minyak dan majerin dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Golekkan dalam gula kastor dan hidangkan.

 

:::Pertama kali mencuba…disebabkan laman resepi orang lain memuji donut ni..hendak juga merasai..tapi bagi kita..honestly(maaf yer)…atau mungkin ada dari kesilapan sendiri tapi sesuai kalau stok telur dah habis…ternyata masih sukakan resepi dari b/makerku…memenuhi kriteria gitu!!!::: emoticon

Nihon No Ryori, Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Ayam & Daging Lazat Terperi, Resepi CubaanJuly 20, 2007 9:17 pm

Bun Burger:(boleh juga dibuat donut sebahagian jika suka)

400 gm tepung roti
2 s/k dry yis(3 gm)
3 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b tepung susu@susu pekat(abaikan pun takpa sbb guna freshmilk)
40 gm butter
1 biji telur
200 ml (100ml air suam +100 ml fresh milk )

caranya:
Sama juga step dengan roti sebelum nih…cuma masa nak bentuk tuh bahagi 6-8 bahagian sama byk dan bentuk macam pau tapi smooth atasnya …tunggu la kembang sekali ganda…pastu spray ngan air kat atasnya dan taburkan bijan 2 jenis warna n then bakar pada suhu 200 darjah lebih kurang 25 minit(oven mesti dipanaskan terlebih dahulu)

Burger Daging@Ayam:

350 gm daging/ayam tanpa lemak@guna yg minced
50 gm bawang besar(1/4 biji)
1 biji telur
2 s/b fresh milk
1 1/2 s/k garam
1/2 s/k serbuk lada sulah/kosho/lada hitam
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk parsley,oregano jika suka
10 gm panko/serbuk roti boleh diletak jika mahu

Caranya:

-Semua bahan dimasukkan ke dalam food prosessor,di mesin dlm 30-50 saat sehinnga semuanya hancur.
-Ambil dan bahagikan kepada 6-8 bahagian.Kepal2kan dan dileperkan berbentuk isi burger.
-Boleh digoreng dengan sedikit minyak.Balikkan kedua2nya.
-Bolehlah dihidangkan dengan bun burger dan lapiskan mengikut kesukaan..contohnya sos cili,tomato ,mayonis dan salad,kubis hiris serta timun potong,hirisan tomato dan bawang tambahan mengikut citarasa.

 

 

:::Ubahsuaian resepi dari buku masakan Jepunku(resepi b/maker & food prosessor) mengikut selera keluarga…dah jadi peberet kami(nak beli kat Mc D dah tahu HARAM di makan kat Jepun ni…apalagi main masak2 ler…kenyang gitu makan sebiji..maklumlah queen size…hohoho..mahal tu kalau jual ikut pasaran!Hari ni pun..Homemade Oshin’s Juicy Queen Burger(nama cantik,sedap ke tak kena cuba dulu) in progressing….emoticon:::

Aneka Rasa Donut & Roti PanasJune 8, 2007 2:34 am

 *guna b/maker utk ulian selama 1 1/2 jam*(dlm18-25 biji ikut ketebalan dan saiz pencetak)

400 g tepung gandum
5 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 1/2 sudu kecik garam
2 sudu besar susu tepung(skim milk)atau 2/b susu pekat
50 gm butter
sebiji telur(saiz M)
190 ml air suam

Caranya:

Adunan dari b/maker diuli sekejap dan dicanai agak2 ketebalannya 1 1/2 cm dan diterap menggunakan pencetak donut yg di tepungkan terlebih dulu.Biarkan 1/2 -1 jam dan boleh digoreng dgn api sederhana.Angkat dan sejatkan minyaknya dan masukkan donut tadi dalam plastik yg diisi gula halus.Kocok2kan supaya kesemuanya bersalut.Siap dan boleh dihidang panas2.

 

 :::Gunakan resepi dari breadmaker Jepunku…sedap dan lembut tak terkata resultnya!!!:::emoticon

Aneka Rasa Donut & Roti PanasFebruary 19, 2007 4:03 am

Roti Pita (Erna) :

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast

Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.


Kebab Daging
Sumbangan : Zunita Nasuha

Bahan-bahan
Daging batang pinang atau Ayam (Yang saya buat dalam lingkungan 300 g fillet ayam yang didadu)
3 ulas bawang putih
Sos tomato secukup rasa
Sos cili secukup rasa
Mayonis secukup rasa
Bawang merah, timun, tomato dipotong dadu ikut suka banyak mana

Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih

Cara-caranya

1. Hiris daging nipis-nipis dan lebar-lebar.
2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih.
3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering (seperti style nak membuat steak).
4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil-kecil.
5. Potong bawang merah, timun dan tomato .
6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis.
7. Sedia dimakan dengan roti.


:::Cik abang cukup suka…kali pertama guna ayam …dah 2 kali mencuba..apa lagi kalau guna daging kambing peberetnya…tapi kita tak suka la bau kambing..huhu:::emoticon

Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Resepi CubaanJanuary 24, 2007 11:32 am

Hot Dog sendiri bikin

 Bahan-bahan:(Masukkan ke dalam bread maker yang menguli selama 1 1/2 jam)
400 gm tepung roti
2 s/k yis
3 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b susu tepung
1 biji telur(saiz M)
40 gm butter
200 ml air suam

Selepas selesai ulian,bentukkan doh seperti roti Hot Dog..saiz bergantung ikut suka besarnya!Biarkan doh mengembang sekali ganda lagi lalu dibakar pada suhu 200 darjah selama 25 minit.Untuk kali kedua bakar kurangkan suhunya yer!

*Spray dengan air untuk permukaan yg smooth diatasnya sebelum dibakar*
*Kalau ulian tangan kurangkan sukatan air sedikit* 

 


Inti Dalam:(Bergantung citarasa ayam @daging dicincang dimasak sekejap terlebih dulu)

Hirisan timun dan juga salad hijau yang fresh gitu
sos cili manis Roza+sos cili Maggie+sos tomato
mayonis

1 tin kecil sardin Cap Ayam(sedap weih) ……..hancurkan isinya
1 labu bawang besar…potong dadu kecil
3 biji cili merah………..cincang halus(optional)
4 biji telur………………pukul skit(+ sedikit white pepper)
garam secukupnya

Cara:
1.  Gaul rata semua bahan.
2.  Sapukan sedikit butter  (gunakan kuali tak lekat) dan sendukkan adunan sardin dan tutupkan dengan roti hot-dog yg dah dibelah tadi.
3.  Biarkan garing skit dan angkat.
4.  Masukkan hirisan timun dan salad fresh serta sos cili & mayonis
5.  Enak dimakan semasa panas.

:::Hasil ubahsuai Paku Pakis mengikut selera keluarga kami …pertama kali ni..dah kempunan sangat ler tu dengan Roti John pasar malam kalau di Malaysia la!!!emoticon:::