
2 biji kentang(anggaran 130-150 gm)-potong dadu
1 tin sardin cap ayam (230gm)-buang tulangnya,dihancurkan dan ambil sedikit saja sosnya
1/2 biji carrot(40 gm)-potong dadu dan kecil2
1 ulas bawang putih-racik halus
1/2 biji bawang besar-potong dadu
1-2 biji cili padi jika suka rasa pedas-potong kecil2
1 batang daun seleri-hiris halus
sehiris limau nipis-utk perahan
1 s/b mayonis jika suka
sedikit air utk melembutkan kentang
Caranya:
Tumis bawang putih dan cili padi yg dipotong halus. Masukkan bawang besar,goreng hingga wangi.Masukkan sedikit air,carrot,sardin hancur dan daun seleri.Biarkan agak kering baru masukkan perahan air limau nipis dan mayonis dan gaul rata.Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu.
Kulit Karipap Pusing : (menghasilkan 24 biji saiz agak kecil..sesuai untuk sekali makan saiz satu keluarga)
Doh luar yang tak berminyak : (uli gunakan food prosessor)
160-170 gm tepung gandum
80-90 ml air suam + sedikit garam
Doh dalam yg berminyak : (juga ulian guna food prosessor)
80 gm tepung gandum
20 gm butter + 20 gm crisco
Langkah demi langkah cara membuatnya:
1) Doh luar yang tidak berminyak diuli hingga sebati.
2)Doh bahagian dalam diuli agak lama ..lebih elok jika seakan berminyak sedikit kelihatannya.
3)Bahagikan kepada 3 bahagian masing2nya dan untuk langkah seterusnya merujuk view show di bawah.
:::Rujukan doh karipap dari beberapa resepi iaitu Sensei Lynn,Sensei Marizah dan Sensei Rinchan serta diubahsuai untuk kesenangan rujukanku di masa akan datang melalui eksperimen yg dilakukan berulang kali..Alhamdulillah cubaan kali ke-4 ini agak berpuas hati..tidak berminyak dan ranggup …sedap dimakan..rasa tidak muak dan sesuai untuk sekali makan…bukankah usaha tidak jemu itu tanda kejayaan
….Insya-Allah…Kenalah buat selalu nampaknya!!!:::