Ais Krim &Puding Pembuka SeleraJune 4, 2008 3:32 am

Sumber : Blackmore

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker….kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih….kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk…bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata….adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah…

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras…tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.(lepas tuang tunggu jap utk aduanan warna lain pula..tip tu)

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.


Buat separuh saja bahannya..tu pun kira byk utk makan 4 orang! 

:::First time cuba resepi walau dah lama menyimpan resepi…..tgk orang buat cantik ja rainbownya tapi kita buat….maklumlah baru cubaan pertama…maybe "practice make perfect" …..kalau cantik leh la wat hantaran ke…?emoticon

 

Ais Krim &Puding Pembuka SeleraDecember 18, 2007 6:05 am

Sumber: Bakersplace.blogspot


Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 kpg roti gardenia
4 biji telor ayam
1 cawan gula
2 sudu gula ( dijadikan gula hangus )
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya
Gula dihanguskan terus kedalam loyang sehingga perang dan disejukkan. Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian bubuh esen vanilla. Tuangkan kedalam loyang. Kukus selama setengah jam sehingga masak.

 

:::Kita tambah buah2 campur yg kering jenama Nona sebagai tambahan..ok juga rasanya….ghau2 bau dia…wangi gitu::: emoticon

p/s:Harap maaf jika selepas ini blog ini kesepian sekejap kerna kesihatan tidak menentu…mungkin dalam 2,3 bulan pertama ini..buat yg beragama Islam.."Selamat Menyambut Aidiladha" ..moga pengertiannya kita hayati erti sebuah pengorbanan..berkorban apa saja!!!

Nihon No Ryori, Ais Krim &Puding Pembuka Selera, Resepi CubaanAugust 20, 2007 3:49 am


resepi ubahsuai mengikut apa yg ada jadinya…

2 biji pisang dipotong kecil2 (anggaran 300gm)

1 kotak fresh krim (200ml)

1 cawan jus orange(2-3 biji dari buah oren)[*kita gantikan jus mango & apple aja sbb itu yg ada]

1 biji lemon jus/kita guna jus lemon siap

140 gm gula 

Caranya:

1)Hancurkan halus pisang+ jus oren menggunakan food prosessor.

2)Selepas itu gunakan mixer,masukkan semua bahan dan pukul hingga gebu.

3)Ulang pukul aduanan ais krim setiap 3-4 jam selepas dimasukkan dlm freezer supaya dapat tekstur yg agak halus.

4)Bila dah beku,sedap dihidang bersama hirisan pisang dan taburkan kacang bersama2 atau mengikut selera keluarga. 

 

:::Alhamdulillah tak sia2 mencuba..mendapat pujian ramai…sapa lagi anak2 dan suami ler…hehehe..nanti ibu tambah skill lagi pasal eksperimen ais krimu ni..rasa seronok lak mencuba kepelbagaian:::emoticon 

Ais Krim &Puding Pembuka Selera, Pelbagai Sumber ResepiAugust 12, 2007 5:02 am

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.

2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.

3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.

4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer]semalaman.

5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri

 

:::Eksperimen yang kita buat..lapiskan dgn topping strawberry sebanyak 3 lapis…ais krim pula kalau ikut petua mahu sedap iaitu teksturnya soft…setiap 4 jam(atau a/krim hampir beku iaitu simpan dlm freezer)..ulang pukul@mixer sebanyak 3 kali…mesti bertambah laku ais krim buatan sendiri..boleh kalah yg di pasaran tauemoticon:::

Ais Krim &Puding Pembuka Selera, Pelbagai Sumber ResepiJuly 27, 2007 2:50 am

10 g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 camt esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau


Cara membuatnya
Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling rendah. Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh kental. Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter). Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau.

Campurkan dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit. Ambil 1/8 agar-agar panas lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai (antara kulit dan isi). Campurkan warna merah pada baki agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

*Resepi ubahsuaiku mengikut apa yg ada dan kesesuaian*

1 paket agar kering(37gm)

5-6 cawan air @ 1000-1200 ml

1 1/2 cawan gula(kita kurangkan)

bahan yg lain tetap sama 

sedikit bijan hitam utk taburan atas agar2 merah 

*actually ada 2 resepi lebih kurang sama cuma 1 btk tembikai(letak bijan) …1 lagi bentuk lapis2 biasa(di Kelate dikenali agar2 buih)…kedua2 kita cuba buat..sbb dpt 2 bekas*

:::Alhamdulillah hajat dihati tercapai juga setelah sekian lama menyimpan resepi ini…banyak lagi yg perlu diperbaiki…maklumlah ini percubaan pertamaku…anak2 ternyata suka..sbb cantik di mata..tak sesukar yg dibayangkan…Insya-Allah eksperimen kedua bakal menyusul lagi..seronok pulakemoticon:::: 

 

Ais Krim &Puding Pembuka SeleraFebruary 19, 2007 3:46 am

 Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300cc tembikai
1sb madu
300cc fresh cream
3 sb gula halus

Cara-cara Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
Bekukan dalam freezer
Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

:::First time buat kira menjadi..hias sikit2..anak2 pasti tertawan..sesuai untuk summer…dalam list tentunya!Dari Forum kesayanganku tka lain tak bukan resepi dari Puan moderator lagik..Puan Lynn:::emoticon