Nihon No Ryori, Resepi CubaanAugust 23, 2007 2:50 am


Perisa meron selang selikan susu & strawberry topping…

Caranya:

Mesin ais ketul yg siap dalam bekasnya..mesin lah sebanyak mana yg mau…pilih perisa yg disukai(boleh didapati di supa)…boleh selang selikan dgn susu cair atau topping kegemaran. 

 

:::Dapatkan mesin kaki gori dulu kalau datang ke Jepun..kalau yg recyle, boleh dpt murah berganda2…ABC versi jepun amat simple tapi anak2 suka berbanding ABC Malaysia..tentunya ibu dan abahnya punya peberet ler pulak emoticon:::

Nihon No Ryori, Ais Krim &Puding Pembuka Selera, Resepi CubaanAugust 20, 2007 3:49 am


resepi ubahsuai mengikut apa yg ada jadinya…

2 biji pisang dipotong kecil2 (anggaran 300gm)

1 kotak fresh krim (200ml)

1 cawan jus orange(2-3 biji dari buah oren)[*kita gantikan jus mango & apple aja sbb itu yg ada]

1 biji lemon jus/kita guna jus lemon siap

140 gm gula 

Caranya:

1)Hancurkan halus pisang+ jus oren menggunakan food prosessor.

2)Selepas itu gunakan mixer,masukkan semua bahan dan pukul hingga gebu.

3)Ulang pukul aduanan ais krim setiap 3-4 jam selepas dimasukkan dlm freezer supaya dapat tekstur yg agak halus.

4)Bila dah beku,sedap dihidang bersama hirisan pisang dan taburkan kacang bersama2 atau mengikut selera keluarga. 

 

:::Alhamdulillah tak sia2 mencuba..mendapat pujian ramai…sapa lagi anak2 dan suami ler…hehehe..nanti ibu tambah skill lagi pasal eksperimen ais krimu ni..rasa seronok lak mencuba kepelbagaian:::emoticon 

Nihon No Ryori, Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Ayam & Daging Lazat Terperi, Resepi CubaanJuly 20, 2007 9:17 pm

Bun Burger:(boleh juga dibuat donut sebahagian jika suka)

400 gm tepung roti
2 s/k dry yis(3 gm)
3 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b tepung susu@susu pekat(abaikan pun takpa sbb guna freshmilk)
40 gm butter
1 biji telur
200 ml (100ml air suam +100 ml fresh milk )

caranya:
Sama juga step dengan roti sebelum nih…cuma masa nak bentuk tuh bahagi 6-8 bahagian sama byk dan bentuk macam pau tapi smooth atasnya …tunggu la kembang sekali ganda…pastu spray ngan air kat atasnya dan taburkan bijan 2 jenis warna n then bakar pada suhu 200 darjah lebih kurang 25 minit(oven mesti dipanaskan terlebih dahulu)

Burger Daging@Ayam:

350 gm daging/ayam tanpa lemak@guna yg minced
50 gm bawang besar(1/4 biji)
1 biji telur
2 s/b fresh milk
1 1/2 s/k garam
1/2 s/k serbuk lada sulah/kosho/lada hitam
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk parsley,oregano jika suka
10 gm panko/serbuk roti boleh diletak jika mahu

Caranya:

-Semua bahan dimasukkan ke dalam food prosessor,di mesin dlm 30-50 saat sehinnga semuanya hancur.
-Ambil dan bahagikan kepada 6-8 bahagian.Kepal2kan dan dileperkan berbentuk isi burger.
-Boleh digoreng dengan sedikit minyak.Balikkan kedua2nya.
-Bolehlah dihidangkan dengan bun burger dan lapiskan mengikut kesukaan..contohnya sos cili,tomato ,mayonis dan salad,kubis hiris serta timun potong,hirisan tomato dan bawang tambahan mengikut citarasa.

 

 

:::Ubahsuaian resepi dari buku masakan Jepunku(resepi b/maker & food prosessor) mengikut selera keluarga…dah jadi peberet kami(nak beli kat Mc D dah tahu HARAM di makan kat Jepun ni…apalagi main masak2 ler…kenyang gitu makan sebiji..maklumlah queen size…hohoho..mahal tu kalau jual ikut pasaran!Hari ni pun..Homemade Oshin’s Juicy Queen Burger(nama cantik,sedap ke tak kena cuba dulu) in progressing….emoticon:::

Nihon No Ryori, Pelbagai Sumber Resepi 12:54 pm

*menghasilkan 24 biji,sesuai untuk saiz keluarga kecil,4 org*

150 gm tepung takoyaki
450 ml air
80 gm tako/sotong kurita
1 biji telur
sedikit carrot potong dadu dan halus
sedikit kubis yg diracik halus
daun bawang potong halus juga
sedikit cheese parut jenama Kraft jika suka

Bahan taburan mengikut susunan:
Sos,serbuk katsuo,serbuk nori ,mayonis dan kepingan nipis tuna flakes/katsuo

Caranya membuatnya:
Campurkan tepung,air dan telur,pukul sebati menggunakan pemukul kek ,tapiskan terlebih dahulu dan masukkan carrot juga kubis,adun biar sebati.
Sediakan pembakar/pencetak takoyaki.
Letakkan sedikit minyak,biarkan agak panas dengan api sederhana dan tuang bancuhan tadi sehingga penuh pencetak.Setiap kali memasukkkan adunan,kacau terlebih dulu.(yg saya buat 2 kali adunan dibakar,12-12)
Masukkan tako dan sedikit keju parut dan taburkan daun bawang.
Balik2kan sekeliling hingga masak dan bentuknya dalam keadaan bulat dan angkat menggunakan pencungkil khas takoyaki.
Letakkan bahan2 taburan mengikut susunan yg dinyatakan.

Untuk Sos:
Tumiskan seulas bawang putih diracik halus hingga wangi dan masukkan 2 sudu besar sos tiram juga 4 s/b sos tomato dan sedikit sos cili jika mahu rasa pedas dan sedikit air jika nampak agak pekat.

 

:::Sumber dari belakang paket  tepung takoyaki…juga petua dari Chihiro sensei(dah jadi penduduk Beppu) bubuh cheese…sedikit tambahan bahan…ternyata kombinasi yg cukup untuk melihat takoyaki yg siap dimasak dan disusun ini hilang sekelip mata…tukang masak nak mkn..sambil2 masak la nampaknya..kalau tak tinggal bekas abok2 katsuo ja…haha!emoticon:::

Nihon No Ryori, Pelbagai Sumber ResepiJuly 12, 2007 10:41 am

Bahan-bahan Isinya:

Udang sederhana besar(buang kulit)
Ayam (potong kecil2)
Fish Cake (warna pink tu .. potong kecil atau nipis )
Lili bud (tau tak bentuk dia mcm bunga, warna putih dan berkelopak).. * di ambil kelopak demi kelopak letakkan bersama bhn yg lain
Ginkgo nuts (warna hijau muda)
Shiitake mushrooms (bulat besar - potong kecil)
Mitsuba (daun yg mcm daun sup - utk hiasan)
Limau nipis ( utk hiasan dan aroma tersendiri la.. potong tipis dan kecil2 bulat..)

Bahan kastard:

5 biji telur (brgantung kpd brp banyak kita nak jamu orang..
nisbah air dan telur; sebiji telur : 3 cawan gelas)
3 paket kecil serbuk dashi stok (beli shj yg instant tu.. cap ajinomoto atau apa2 brand)
3 sudu besar soya sos (ingat yg halal je tau)
8 cawan air sejuk
8 cawan air panas
Sedikit garam (lbh kurang satu sudu kecil)
Sedikit gula (lbh kurang satu sudu kecil)

Cara-caranya:

1) Sediakan dahulu cawan yang sesuai utk Chawan Mushi bergantung kepada jumlah bahan2. Jumlah kuantiti bahan di atas mungkin sesuai untuk di makan 8-10 orang.

2) Cuci bersih ke semua bahan2 isi kastard dan masukkan ayam, udang, mushroom, gingko nuts, fish cake dan lili bud ke dalam cawan-cawan tersebut.

( Bahan-bahan isi hendaklah di potong kecil mengikut arahan di atas. )

3) Daun mitsuba dan daun limau hendaklah diletakkan kemudian selepas chawan mushi sedia untuk di masak.

4) Kemudian, sediakan dashi stok.. untuk kita menyediakan kastard.Caranya, campurkan air sejuk dan air panas dan masukkan serbuk dashi. Pukul telur dgn kadar sederhana jgn terlalu kuat dan masukkan telur ke dalam air tadi.

5) Gaul rata dan masukkan gula, garam dan light soya sauce.

6) Rasa sedikit masin dan manisnya, kemudian tapiskan.

7) Akhir sekali tuangkan ke setiap cawan yg telah di isi dengan bahan2 awal tadi.Sekiranya terdapat buih-buih kecil hendaklah di buangkan supaya bentuk chawan mushi itu kelihatan cantik.

8) Hiaskan dengan daun mitsuba dan daun limau.

9) Kukuskan di atas pengukus yang sesuai. Tutupkan penutup pengukus dengan kain yang sesuai.

10) Ingat, kukus 5 minit pada api yang besar dan 10 minit pada api yang kecil.

11) Apabila chawan mushi telah masak, hidangkan lah segera. Sebab ianya sedap di makan sewaktu panas.

Nihon No Ryori, Siri Belajar Memasak 10:16 am

 

Sanma yg dah masin di bakar cuma letakkan shoyu(kicap) dan dihias dgn daikon(lobak putih) parut serta hirisan lemon utk diperah.

 
Kinpira Goubo:

Tumis cili potong jepun(beli yg siap) dgn minyak goma/bijan,masukkan goubo (beli yg siap dihiris),masukkan tsumenyu agak banyak dan biarkan agak kering..siap.

Miso shiru segera:

Panaskan air hingga mendidih dan masukkan paket ikut saiz dikehendaki.Jika suka tambahkan wakame,tofu lembut dan hirisan nananegi/daun bawang yg besar.

*Boleh dihidang bersama  dgn nasi jepun*

Juga petua memasak nasi jepun(Rancangan Apron With Love)

-Beras dicuci 2 kali terlebih dahulu,rendam dgn air selama 3 minit,cuci sekali lagi dimasak.Insya-Allah sedap di makan….jika mahu buat onigiri masukkan sekeping daun nori!

 

 :::Kinpira goubo dah jadi kegemaran ibu…terima kasih Bu..sudi tunjukkan demonya walau hajat dihati nak tanya resepi aja…honto ni domo arigatou:::emoticon

Nihon No Ryori, Siri Belajar MemasakJuly 9, 2007 12:35 am

APPLE PIE (acuan 22 cm)

Bahan-bahan:
 
150g butter Hokkaido( beku)
200g tepung gandum(sepatutnya 150 tpg gandum+50 gm tepung roti)
1/2 s/k gula
secubit garam
sedikit saja air sejuk dari peti seeloknya

Inti:
4 biji epal hijau di potong-potong dadu(gunakan renji dlm 8-10 minit utk lembutkan)
1 sudu kecil serbuk kayu manis dan sedikit serbuk pala/nutmeg( optional )
2 s/b lemon jus
gula pasir mengikut suka kemanisannya( actually dr resepi 100 gm)
*sedikit  kismis sebagai hiasan jika suka*
kuning telaur untuk sapuan
Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur. (atau yg Ibu Lita demokan hari tu just guna renji(kukus pun boleh)…selepas itu apple digaul dgn 1 s/b corn starch +2 s/b tepung gandum supaya sebati dan gaulkan dengan gula dan jus)
Ketepikan.


Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab/wrappping dan ketepikan selama 15-20 minit didalam peti seeloknya.
.
Canai sehingga tipis dan dilipat lagi dan dicanai sehingga tipis. Sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung diatas nya .Letakkan pie dan cucukkan dengan garfu serta buang keliling mengunakan pisau atau gunting.Masukkan filling apple dan taburkan kismis jika suka. Lebihan pie tadi dicanai panjang dan dipotong jalur panjang dan boleh dijadiakan hiasan utk bahagian atas hiasannya seperti cara membuat tikar silangnya.Sapukan dengan kuning telur diatasnya…

Bakar menggunakan oven 160 -180 darjah sehingga masak (dlm 40 minit)dan agak  kekuning-kuningan.

Petua Di Dapur, Nihon No RyoriJuly 3, 2007 4:59 am

TEMPURA

1 biji telur
1 cawan air ais
1 cawan tepung gandum, diayak 2X

-Dalam mangkuk, pukul telur.
-Masukkan air ais, kacau rata.
-Campurkan tepung dan kacau sebati (tak perlu terlalu lama, memadai bercampur).
-Celup udang/sayur dan goreng terendam dalam minyak panas.

*Pastikan minyak cukup panas dengan meletakkan sedikit adunan tempura, ia mesti timbul serta-merta dan tidak tenggelam.

Nihon No Ryori, Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiJune 17, 2007 7:30 am

-250 gm cheese Philadelphia
-50 gm unsalted butter
-80 gm gula
-3 biji telur kuning
-80cc fresh cream
-2 sudu kecil lemon jus
-40gm tepung roti
-3 biji telur putih
-40 gm dry fruit
- sedikit gula icing utk hiasan

Caranya:
- cheese dan butter dipukul sehingga kembang kemudian masukkan gula separuh bahagian dan dipukul lagik.
-Masukkan telur kuning sebijik demi sebijik diikuti fresh cream,lemon jus.
-pastu masukkan tepung roti dan diadun sebati.
-dalam bowl yg lain putih telur dipukul dengan sebahagian lagik gula sehingga kembang dan bila diterbalikkan ia tidak jatuh.
-Kemudian masukkan dry fruit dan dikacau sebati dengan putih telur.
-Masukkan bahan diatas kedalam adunan pertama tadi ,digaul sebati dan bakar dalam loyang yg dilapisi cling film pada suhu 160 lebih kurang 40-45 minit didalam bekas/dulang berisi air(berlapik).
- Bila masak keluarkan dan tepung tawarkan dengan sedikit gula icing diatasnya macm dlm gambar contoh..sori dah terlebih tepung tawar

:::Hasil penterjemahan tak bertauliah dari koleksi Buku Masakan Jepunku….sedappppp(masuk lif tekan sendiri nampaknya…haha)..cubalah!!!:::emoticon

Nihon No RyoriMarch 27, 2007 2:02 pm

 Bahan-bahan (menggunakan Tepung Takoyaki):

100g (sebungkus kecil) Tepung Takoyaki ( terdapat banyak di pasaraya Jepun )

320 cc Air

1 biji Telur

Sotong kurita @tako( bersaiz besar berwarna kemerah-merahan )

Daun Bawang

Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)

Sos Takoyaki

Serbuk Ikan Bilis

Serbuk nori

Cara-cara:

Bancuh Tepung Takoyaki dan air hingga rata kesemuanya.

Masukkan sebiji telur dan kacau lagi. Seeloknya gunakan pemukul telur untuk menghasilkan adunan tepung yang tidak berketul.

Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.

Setelah adunan di atas (tepung, air dan telur ) siap di adun, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. Ianya terdiri daripada sotong besar dan juga bahan campuran yang terdapat di dalam bungkusan tepung. Selain itu, sediakan juga daun bawang yang telah siap di potong. Daun bawang di Jepun ada pelbagai jenis. Pilih yang bersaiz kecil.

Kemudian, sediakan dapur dan panaskan pencetak Takoyaki (kuali Takoyaki) dan di sapukan sedikit minyak.

Apabila kuali Takoyaki ( tak tau nak sebut apa ) panas, masukkan adunan tepung Takoyaki ke setiap acuannya menggunakan senduk atau penceduk khas dan masukkan sotong, daun bawang dan bahan-bahan lain yang ada di dalam bungkusan.

Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak.

Apabila tepung kelihatan agak masak. Cuba gunakan teknik tersendiri untuk memusingkan tepung tersebut dan terbalikkan ianya ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat. Ini adalah untuk memastikan kesemua bahagian tepun itu benar-benar masak. Perlu di ingat anda perlu gunakan satu alat kecil yang berbentuk seolah-olah mata lidi khas untuk membalikkan tepung tersebut. Lihat pada gambar di fotopages.

Setelah Takoyaki masak, hidangkan di atas pinggan atau bekas khas untuk Takoyaki dan hiaskan bersama Sos Takoyaki dan bahan-bahan hiasan lain seperti ikan bilis hancur, daun hijau (lihat pd gambar ) dan mayonis.

Sedap di makan ketika masih panas. Selamat mencuba!

Sekiranya anda tidak mempunyai Tepung Takoyaki, boleh juga menggunakan Tepung Gandum. Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan untuk Tepung Takoyaki :

1 cawan Tepung Gandum

290 cc Air

¼ sudu kecil Baking powder

1 sudu kecil garam.

Ikut arahan yang sama seperti di atas untuk membuat Takoyaki.

:::Resepi dari seorang sahabat online di Kobe yg dah bertukar status "Sahabat Sejati"…jasamu kukenang ke akhir hayat..aku berjaya juga membuatnya dan menjadi peberet kami sekeluargaemoticon::: 

Nihon No Ryori, Kuih Muih Kegemaran 2:02 pm

500 ml susu segar
3-4 biji telur
100 gm gula
150 gm tepung
30 gm butter-melted

bahan krim/kastard:
300 ml susu
1 s/b tepung jagung
2 biji kuning telur
gula secukup rasa
esen

Caranya:
Blend semua bahan kecuali butter.
Masukkan butter yg dicairkan-gaul sebati.
Sendukkan ke dalam loyang tak mleekat.Lengserkan sehingga nipis.
Susun lapisan crepes berselang seli dgn krim @ lipatkan satu2.

Nihon No Ryori, Keki To Muffin Oishii Ne 1:28 pm

 250gm Philladelphia cheese(1 bar)
 45 gm tepung gandum(diayak dulu ye)
 100gm gula
 2 sudu besar madu
 1  kotak fresh cream(200 ml~yang utk whipping cream)
 2 biji telur
 2 s/b plain yogurt
 1 biji lemon(ambil jusnya)
 1 tin orange…ambil orangenya sahaja


 
 Caranya:
 
-pukul cheese ngan gula sehingga kembang then masukkan telur sebijik
demi sebiji dan diputar lagi.
-kemudian masukkan yogurt,perahan lemon,madu dan tepung,putar lagi…lastly
masukkan fresh cream dan kacau ngan senduk  pula sekejap.
pas tu susunkan orange mengikut mood anda…
-bake dalam 50-60 minit pada suhu 160 darjah…

:::ni asal resepi Jepun dari sempai kite pas tu kita modify lagi ngan resepi guna orange juga dari resepi Jepun…oishisou..rasanya dah terkenal seluruh Jepun so dapatlah nama seperti tertera di atas…akan dikomersialkan kalau ada hajat nak buka kedai kek takdak bumbung(berangan tak sudah)..ok tak?:::emoticon