Nasi Selera Idaman, Menu Hebat BelakaNovember 27, 2007 1:08 am

 Sumber : Restoran Pak Amir(dari blog Chetam)Dijamin sedapppp kan!emoticon

 

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2  cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

 

:::Tengok resepinya pun dah telan air liur…apa lagi jom masak2 soto utk menu hari ni….baru tanak nasi impit nona…hehehe…dengan itu jangan lengahkan lagi!Telan air liur lagi daaaaa….tapi bahan pun tak lengkap..pakai yg mana ada dulu aaarrrr!emoticon Komen cik abang sayang ….kalah orang jawaaaaaaemoticon::::

Nasi Selera Idaman, Resepi KeluargaJuly 10, 2007 10:50 am

*sesuai untuk 4-6orang hidangan*
4 pot beras basmathi
2 pot air
3 pot susu cair
20 gm minyak sapi
20 gm kismis
sedikit  pewarna hijau,merah & kuning.
Bawang goreng dan daun pudina sebagai hiasan

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
1@ batang kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.
Sehelai daun pandan
Secubit garam
Cara:
Tumiskan bahan A dgn minyak sapi.
Apabila naik baunya,masukkan daun pandan yg disimpul, air& susu cair. Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras..
Masak hingga kering & masukkan kismis, pewarna dengan mencucuk 3 lubang berjauhan .
Bila mahu disenduk,gembur2kan nasi supaya 3 warna bercampur sekata dan kelihatan cantik.
Taburkan dengan bawang goreng supaya lebih beraroma.Hiaskan dengan daun pudina.

:::Salah satu menu pilihan di pagi AidilFitri…kami ramai2(al maklumlah mak ade anak pompuan ramai )memasak kat dapur dipagi raye..kenangan mengusik kalbu gitu:::emoticon

Nasi Selera Idaman, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJune 26, 2007 6:47 am

1 cawan pulut +3 cawan beras nasi dagang@jika tiada memadai gantikan 3 cawan beras jepun +1 cawan beras Thai(Ala T’ganu versi)

1 biji kelapa(seeloknya diperah gunakan kain putih jarang utk dapatkan santan pekat)/sbb di Jepun gunakan saja 1 tin santan :bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

10 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih-dimayang halus
2 cm halia-dimayang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula pastikan secukup rasa
Cara:
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 4 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Gulai kunyit lengkuas ikan tongkol:

1 ekor ikan tongkol yg sederhana saiz yg dipotong kecil ,dibersih dan direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam.
1 tin santan
10 biji bawang merah@1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering ikut suka
1 cm lengkuas
2 cm kunyit
1,2 asam keping
5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2)
Sedikit garam dan gula atau nise kelate.

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya…

Sambal kelapa:

-2 ekor ikan kembong@ 2 ekor ikan aji saiz sedang(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut/kering

Caranya:
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

 

:::Kami suka buat time gathering…kerja gotong royong,makan ramai2… especially hari rayo,cukur rambut anok2 sedaro ko bila pulang ke kampung..nostalgianya!Kat Jepun pun boleh gakkkk…janji rajin nak mengukus…hihihiemoticon

Nasi Selera IdamanFebruary 7, 2007 9:44 am

  
Bahan-Bahan:
5 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji buah pelaga}
1 batang Kulit kayu manis}rempah 3
1 kuntum bunga lawang}
2 cawan susu cair
1 tin kecil kacang peas atau 1 senduk
2 biji tomato - potong  dadu
1 batang carrot - hiris halus (memanjang)
Garam secukup rasa
3 1/2 cawan air
1 senduk tomato puri
Bawang goreng dan daun pudina sebagai hiasan


Cara memasak:

1)Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah 3 dengan minyak sapi atau mentega + minyak hingga kuning dan naik bau.

2)Masukkan susu cair, tomato,tomato puri, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3)Masukkan beras dan biarkan masak atau gunakan rice cooker.

4)Apabila nasi telah kering, taburkan hirisan carrot,  dan kacang peas. Biarkan selama 5 - 10 minit sebelum di gaul rata dengan nasi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun pudina.

:::Resepi nasi tomato yg diubahsuai ikut kesesuaian hidup di rantauan lalu diberilah nama Nasi Tomato Selera Perantau…ok ke?emoticon:::
 

Nasi Selera Idaman, Resepi KeluargaJanuary 23, 2007 11:16 am

Nasi biru@kuning:(cadangan hidangan 5-6 orang)

-4 pot beras Siam
-Sebatang serai yg diketuk, jangan lebam udah le…
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru @ bunga talang

-2 helai daun limau purut saje
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.

caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skitt dah boleh dimasak.

Sambal Tumis:

-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-1 tin santan/sebiji kelapa
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk
budu sesudu baru ngam.

*untuk sambal ikan*

-2 ekor ikan kembong @ ikan aji(dibakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…

*untuk ulam2nya, tgk situasi kat mana anda berada!
-taugeh,kacang panjang,timun batang bukan timun cina,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh dan ada lagi segala
mcm ulam lagi daa….

*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas) Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu dan juga
taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng,telur asin,solok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih)

p/s:*nota kaki ; sebab sekarang kat Jepun ,ulam2 tu ikut mana ada,cam kcg
pjg boleh ganti ngan kcg pendek… namenya kcg buncis ler.Macam
ikan boleh ganti ikan saba, aji seeloknya.

:::Nama Nasi kerabu Mok Soh dipilih sebagai mengenang kesedapan dan ingatan Paku Pakis terhadap arwah makcik di zaman kecilku yg terkenal dengan nasi kerabunya yang dijual di kampung dan serata bandar KB…sekarang susah nak jumpa weih!!!emoticon:::