Mee,Bihun N Laksa PilihanSeptember 18, 2008 6:58 am

4 sudu penuh penuh serbuk kari ayam dicampur air buat pes - ku guna babas
2 sdb cili mesin/cili boh -optional
1 atau 2 kotak santan - depend on suka pekat ke tak
1/2 cwn air asam jawa - ni adjas ikut tekak le
garam dan gula sesedap rasa
200 gm udang sederhana besar - buang kulit tapi kulit dan kepala di amik, direbus dan blend amik airnya. udang plak letak sebelah dulu yek, later taruk dlm kuah.
1-2 kg kerang direbus dan dibuang kulitnya
1 pek fishball - dipotong 3 atau 4
1/2 pek fish cake - potong
kacang panjang seikat kecil potong abt 1cm to 1.5cm
6 ketul taufuk (tauhu kering)
2 ekor ketam fresh
daun kari

bhn blend
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 cm halia

bhn hias
taugeh
telur rebus
sawi
cili hijau jeruk
bwg goreng
cili merah

1) tumis bhn blend dan daun kari sampai naik bau
2) masukkan rempah kari dan cili boh dan tumis sampai wangi dan naik minyak;
3) masukkan ketam;
4)masukkan air udang dan air abt 1 ke 2 liter dan didihkan…
5) masukkan fishcake, fishball, taufuk, kerang pastu perasakan dgn air asam, garam dan gula
6) dah didih masukkan santan dan bior didih slowly kejap
7) pastu baru masuk udang dan kacang panjang. pastu tutup le api. nak sedap lagi masuk skit bawang goreng ngan minyak dia skali so makna kata bawang goreng sendiri le bukan segera

**** mi kari ku nih…nak pasti rasanya power…make sure semua seafood tu fresh especially ketam le. penyedap kuah ni memang le ketam tu ngan air udang. klu dua benda ni tak fresh…hancuss le rasa kuah mi kari nih.

 

:::Memang sedap buat utk buka posa dlm minggu ni..lebih2 lagi kalau dapat pujian melambung dari cik abang sayang..siap ulang makan dia..resepi yang MESTI dicuba..thanks a lot kak Zana!Licinnnnnnn kuahhhhhhhhemoticon:::

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Resepi KeluargaAugust 14, 2007 2:05 am

Bahan Laksam:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung ubi/kanji
3 cawan air (lebih kurang 650-700 ml)
sedikit garam dan minyak untuk melengser
*gunakan sukatan cawan yg sama)

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas . Ulang hingga selesai semuanya dan boleh digunting agak tebal.

*Seeloknya gunakan tudung periuk berlainan setiap kali mengukus supaya laksam yg terhasil cantik ataupun bersihkan tudung periuk setiap kali mengukus!

Bahan untuk kuah:(4 orang makan)

1 ekor ikan saba/mackerel saiz besar @4 ekor aji saiz sederhana kalau di jepun@4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 biji kepala parut diambil santannya@ 1 tin stn
2 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan terus tutup api.

p/s:jangan dibiarkan lama mendidih kerana nanti kuah akan pecah minyak.

 

Sambal Lada Tumbuk Lesung:

2 biji cili merah yg besar+sedikit cili padi hijau (5 biji)

sedikit belacan bakar

sedikit perahan limau nipis 

sedikit cuka,garam dan gula 

Hidangkan dengan sambal lada jika suka pedas.

 

:::Peberetku zaman kecik2 dulu sehinnga sekarang..teringat pulak kat Laksam Arwah Mak Da Pak Da Sin tiap2 petang hari Khamis…aku kira orang terawal datang..kalau tak habisss…paling best pernah kurasa…resepinya tak reti nak minta maklumlah masih berhinggus lagi masa tuuuu::: emoticon

 

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 31, 2007 1:14 pm

Bahan-Bahan:

2 - 3 keping ayam boneless - (dipotong kecil)

2 - 3 peket udang - (belah belakang & buangkan uratnya)

Kobis - (dipotong-potong)

Sawi - (dipotong-potong)

1 sudu besar lada hitam - (tumbuk halus)

1 inci halia - (tumbuk kasar)

7 - 8 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

1 sudu besar udang kering - (tumbuk kasar)

1 biji bawang beasar - (dimayang

1 kg mee 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)

Bahan hiasan/bahan tabur bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup hirisaan limau nipis .


kita gantikan ayam ngan daging pon sodap….

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk…tumiskan bawang besar…kacau dan biarkan hingga kekuningan

2. Lepastu masukkan bawang putih yg telah ditumbuk bersama dengan lada hitam…kacau selalu supaya tidak hangus

3. Kemudian masukkan pula isi ayam…bila agak-agak ayam separuh masak…masukkan pula udang

4. Biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan udang kering

5. Lepastu masukkan air…agak-agak mengikut banyaknya mee…biarkan kuahnya mendidih

6. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa & semestinya gula semanis bahasa…rasakan kesedapannya…kalau tak ummmph tu tambah-tambah ler apa yg patut 7. Masukkan kobis, sawi dan bawang besar yg di potong memanjang…biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan mee dan kacau…biar mesra

 

:::Berguru ramai2…ada tukang salin resepi,tukang ambik foto,tukang sinsing lengan sama2 lagi best..baru seronok kerja lambat menjadi ceapt…terima kasih buat yang sudi menyalin resepi ini..tuan rumah …dan tukang masak import jauh dan kita antara tukang copynya..hehehe..moga dapat pahala bersama2..ye tak?:::emoticon 

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Pelbagai Sumber ResepiJuly 20, 2007 1:10 pm

300gm spagetti(rebus dan simpul)
4 keping isi ikan tenggiri tanpa tulang(sederhana saiz)@ 1 kilo(parang,tenggiri,kembung)
2 cawan santan@ 1 tin stn segera
1 bungkus kecil rempah kari ikan
200gm kerisik
2-3 keping asam keping
garam gula secukup rasa

Bahan kisar:
150 gm bawang merah/besar
50 gm bawang putih
1 cm halia
50 gm lengkuas
2 batang serai
100gm udang kering
2-3 s/besar cili kering paste

Caranya:
1)Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2)Masukkan serbuk kari paste
3)Masukkan isi ikan sehingga mendidih then santan,asam keping dan akhir sekali kerisek.
4)Cukupkan rasa garam gulanya dan biarkan agak pekat kuahnya baru sedap.

Dressingnya:
Timun potong halus
Bawang besar(hiris tipis)
Daun kesum(hiris halus)
Limau kasturi
tauge
sambal belacan{cili besar,belacan,garam &gula)

:::Terima kasih Kak Mie….teringat2 kesedapan laksa dan kecantikan simpulannya tu…masih tak reti2 nak menyimpul sebab baru belajar teori takdan nak praktikal…sabor jelah!:::emoticon 

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 10, 2007 5:07 am

*sukatan agak2 mengikut citarasa dan saiz keluarga*

1 kilo mee kuning 

1/2 biji bawang besar@10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 cawan udang kering

segenggam kecil cili kering mengikut kesukaan kepedasan(rendam air panas @direbus dulu sebelum dikisar dgn sedikit air dan minyak)

1/2 kilo  daging serta air rebusan daging(rebus agak lembut)

1 paket keledek dibuang kulit (5 ketul) -direbus dan dilenyek hancur guna senduk dgn sedikit air rebusan tadi ( jgn diblender kerana agak halus…lebih sedap biarkan agak berketul2)

1 paket udang mentah saiz sederhana 

1 paket Chikuwa (sosej ikan utk dijepun)@boleh fishball@fish cake

6 biji telur

sayur sawi @kubis cina

5 biji tomato saiz sedang-dibelah 8 

sepaket tauhu goreng dipootng 2 dan dihiris panjang 

sedikit bawang goreng 

seketul belacan saiz ibu jari 

daun sup dan daun bawang jika suka 

juga kacang tanah goreng yg tumbuk halus jika suka 

 

Caranya:

Blend asing cili kering kemudian kisar udang kering, bawang putih & bawang merah dgn sedikit air.

Pijarkan minyak dalam kuali dan goreng belacan dulu.

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga agak  garing dan wangi.Baru masukkan cili kering dan biarkan sehingga tumisan agak garing.

Masukkan udang, daging rebus serta air rebusan dan keledek hancur.Biarkan lama sedikit sehingga nampak agak pekat.

Masukkan tauhu,telur, sayur dan rasakan garam.Tutup api baru masukkan tomato.

Cadangan Hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Taburkan bawang goreng,daun sup & daun bawang,kacang tumbuk jika suka.

:::Seronok bila berguru ni..banyak pulak tip diperolehi masa kelas berjalan…sambil2 cerita itu dan ini…alhamdulillah..moga berkat ilmu diperolehi!Lain orang lain style masakan..yg itu kita nak tahu ni….hehehe…buat bekalan!emoticon:::

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Resepi KeluargaJanuary 24, 2007 1:54 am

 

2 kilo laksa @1 paket laksa kering direndam dlm sejam bolehlah direbus

Bahan untuk kuah:(Hidangan lebih kurang 6-8 org makan)

2 ekor ikan saba @ 6 ikan aji kalau di Jepun @ 6 ekor ikan kembung  saiz agak besar(M’sia)
1 sudu kecil makan lada hitam
10 ulas bawang merah /1 biji bawang besar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya/2 tin stn(agak pekat)
2 liter air  utk diblender dengan ikan dan tulang(perlu tapis)
3-4 keping asam gelugur (rasakan masamnya, baru tambah kalau perlu)
sedikit garam dan cik aji sedikit@gula sbg alternatif

Cara membuat kuah:

Ikan saba/kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak .
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk/blender hingga lumat.
Manakala tulang diblender asing(ambik lebihan air rebusan) tapiskan
Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.(@ blender)
Masukkan semua bahan tumbuk@blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih sekejap saja dan terus tutup api.
Jangan biarkan lama di atas dapur takut pecah minyak nanti tak cantik.

Bahan untuk ulam:(Gaulkan kesemuanya selepas dipotong halus)

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang@kacang buncis - dimayang
Timun batang dimayang
Kubis dipotong halus2
Taugeh(dibuang ekornya)
Bunga kantan-dihiris halus juga

Sambal cili:

Cili merah+cili padi + sedikit belacan dibakar }diblender dan rasakan garam gulanya.

-bolehlah dihidang dengan sambal cili,limau nipis yg dipotong halus,belacan yg diracik halus2 dan garam halus jika suka.

:::Berguru dari Bonda yang jauh dimata namun lagi dekat di hati….masakanmu pasti diingati walaupun di mana Paku Pakis berada!!!Mak… Pleaseemoticonme…huhuhu:::