Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaSeptember 1, 2009 5:03 am

sebelum(dari kamera hp aje)…

 

sesudah(sori kualiti foto amat tidaklah memuaskan)

Bahannya:

6 ekor sotong saiz sedang(kalau dpt yg ada telur lagi sedappp)

1 cawan beras pulut(boleh tambah ikut kesukaan tapi kena padan ngan santan la pulok)

1 1/2 cawan santan pekat

2 keping nise Qlate/gula melaka(boleh tambah ikut suka kemanisannya)

Sedikit gula pasir jika suka dan secubit garam

1/4 sudu teh halba

2-3 helai daun pandan

sedikit lidi sebagai pencucuk(12 btg ikut jumlah sotong lah yer pastu X 2)

Caranya:

Rendam beras pulut dgn santan dan halba dalam 1/2 jam.

Sumbat beras pulut kedalam sotong separuh sahaja dan letakkan kepala sotong dan cucuk dengan 2 lidi secara bersilang seperti gambar contoh.

Masuk dalam kuali santan,pandan,halba,gula,nise dan garam serta lebihan beras pulut boleh dimasak bersama(biasanya saya lebihkan sbb suka makan sotong bersama pulut kat luar tuh…kaw2..sedapnyaaa tak terkata!

 

Bolehlah dimasak sehingga pulut didalam masak dan luar sotong  berkilat cantik gitu…dan dihidang sebagai appetizer!

:::Masakan ini sesuai utk juadah berbuka puasa biasanya…sebagai pemanis mulut rakyat Qlate…iaitu salah satu peberetku..teringat dolu2 kakak rajin membuatnya..kita tukang makannnnn,satu ekor tak cukup pulokkkk..adik beradik ramai….huhuhu..dah besar panjang kena buat sendirilah kalau dah teringinnnn sangatttttt!!!Mudah aje kannnnn..kannn…cubalah kalau anda peminat seafood mesti tak nyesal punyer!!!emoticon:::

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 30, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 26, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Kuih Muih KegemaranAugust 8, 2007 2:26 pm

Bahan-bahan

10 biji telur

1 biji kelapa (ambil 3 gelas santan pekat)

2 gelas gula

1 gelas tepung beras (digoreng sedikit kekuningan)

3-4 helai daun

 

Cara-cara:

1. Masak gula bersama santan. Kacau takut nanti dia menguwap keluar. Masukkan daun pandan untuk kasi wangi.Kemudian sejukkan.

2. Dalam bekas yang lain, masukkan telur satu persatu ke dalam tepung beras. Gaul sebati.

3. Masukkan adunan gula+santan ke dalam adunan tepung+telur.

4. Kacau sebati dan kemudian tapis. Untuk mengasing yang berketul-ketul.

5. Sedia untuk di bakar menggunakan acuannya atau boleh acuan kuih Chara(agak kecil)

 

:::Actually eksperimen lamaku(lama lak tak buatnya)…honto ni domo arigatou buat adik Huda…kenalan fotopages…dah merantau ni teringin sungguh makan kuih Akok …peberet bila balik KB …selalu beli atas Pasar Besar Siti Khadijah yg glamour2 tu…memang sedapppp resepi Mak Adik Huda…lain dari yang Kelate punyer versi warna coklat perang…tapi akak suka sangatttttt!!!emoticon:::

Kuih Muih Kegemaran, Resepi CubaanJuly 19, 2007 3:16 am

 

 

*Resepi yg telah diubahsuai…sesuai untuk hidangan minum petang saiz 4-6 orang*

Bahan Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan air + pewarna hijau
1 s/k air kapur(sebagai pemejal tepung)
secubit garam
sehelai daun pandan@sedikit perisa pandan

Caranya:
1. Campur semua bahan,kacau sebati dan tapiskankan terlebih dahulu.
2 Masakkan adunan diatas api sehingga kelihatan likat berkilat dan masukkan dalam loyang yg dilengser minyak dan kukus sekejap lalu disejukkan.

Bahan Lapisan Putih:
1 cawan santan pekat
1 s/b tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan dan masak sehingga sehingga kelihatan agak pekat tapi jangan biarkan lama nanti pecah minyak dan tidak sedap.
2) Tuangkan adunan diatas lapisan hijau yg dicakar menggunakan garfu.
3) Bila dah sejuk(boleh simpan dlm peti sejuk bagi yg suka) , sendukkan kuih tadi.

1 1/2 cawan pulut merah:
1)Direndam selama lebih kurang 6 jam atau semalaman dengan mencampurkan pewarna merah.
2)Terlebih dahulu pulut digaul dengan santan cair supaya pulut nampak cantik berminyak.Kukus sehingga masak@ boleh ditanak saja jika mahu cepat(tetapi pulutnya agak melekit dan tidak cantik).

Air Gula Merah(jangan terlalu cair,seperti maple sirap pekatnya)
Bahan:
1/2 cawan gula merah@kurozato (bagi yg dijepun)@3 keping nise kelate
1/2 cawan gula perang
1 cawan air
1 helai daun pandan ( koyakkan dan ikat)

Cara:
1. Masakkan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam beserta pulut merah yg dikukus.

 

:::Teringat zaman kecik2 dulu beli kuih kat "Pasar khamis" kat rumah……suka makan kuih ni..bila dah besar kurang skit..tapi bila di obersea jadi suka balik..agak2nya utk mengubat kerinduan pada tanoh tumpoh darahkuemoticon::: 

Kuih Muih Kegemaran, Siri Belajar Memasak, Pelbagai Sumber ResepiJuly 14, 2007 7:07 am

Bahan untuk doh(adunan tepung):Diubah suai sedikit mengikut ketepatan/kesesuaian…gomen ne ye kak mah!emoticon

 

1. Gandum    -   1/2kg (menghasilkan 4 biji)
2. Majerin     -   4 sudu besar
3. Garam      -   Secukup rasa(2 s/k)
4. Gula         -   Secukup rasa(4 s/b)
5. Minyak masak - 1/2 cawan untuk merendam
6. Air suam (suhu 60)- 275 ml@1 1/2 cawan jgn penuh

Bahan untuk inti:

1. Daging cincang - 250gram (boleh buat 4 biji)
2. Rempah Kurma Cap Jam- 2 sudu besar dan jadikan pes
3. Bawang putih    - 2 ulas
4. Bawang besar   - 3 biji}disagat & potong dadu dan halus
5. Garam              -  Secukup rasa
6. Gula                 -  Secukup rasa
8. Minyak masak  -  Sebanyak yg perlu
9. Telur                -  4 bijik{2 untuk inti+2 untuk masa tebar~pukul sebati)}

Tumis 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dgn sedikit minyak hinnga garing .Masukkan pes rempah kurma..tumis hingga wangi baru masukkan daging..biarkan sehingga agak masak…selepas itu baru masukkan bawang besar..masak hingga agak kering.Rasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan sejuk baru campurkan telur dan kacau rata.Inti ini juga boleh disediakan sebelah malam.

Cara membuat doh:

Tepung diuli dgn air suam yg dicampur (gula + garam)sedikit demi sedikit sehingga agak lembut. Bahagikan kepada 8 doh.Rendamkan dgn minyak dalam bekas tertutup…agak2 terendam jika kurang minyak tambah sikit dan bubuhkan sedikit mentega dikelilingnya.

Biarkan semalaman jika mahu makan pagi atau jika mahu mkn petang buatkan di awal pagi. 

Doh yg diperam di ambil dan dinipiskan/ditebar dgn menggunakan minyak dari doh yg diperam…nipiskan agak lebar dgn cara menenyeh2 guna tapak tgn dengan lembut supaya mengelakkan terkoyak dan dibentuk bulat untuk meletak inti.

Letak 2 sudu besar telur dibahagian tengahnya selepas itu pula 2 sudu besar inti ditengah2 dan lipat 4.

Goreng dgn sedikit minyak atas dan bawah.Tak perlu garing sangat.

Buatkan lapisan nipis satu lagi dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti juga bahagian tengah baru susun murtabak pertama tadi dgn yg lapisan cantik di bahagain atas.

Lapiskan lagi dgn 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 4.Boleh digoreng agak garing sedikit untuk bahagian atas dan bawah.Maka dengan ini akan terhasillah@nampak lapisan murtabak bila dipotong kecil2.

Bolehlah dihidang dan sedap dimakan panas2 dgn kuah cuka tadi atau kari mengikut kesukaan keluarga anda.


Yg ni result praktikal sehari selepas….

Kuah:
1. Cuka                -1/2 cawan+ sedikit air masak,sedikit garam(1 s/k) dan gula(3 s/b)}kacau hingga larut
2. Bawang Besar  -  1/2 -1 biji (seeloknya yg warna merah)}disagat halus atau potong nipis2.

 

 
:::Panas2 berguru semalam…memang sedap dan patut dicuba..terima kasih banyak2 Kak Mah(Mak Ejey yg datang ke sini tgk cucunya selama sebulan)…Chef dari jauh lagi …Kelate maghi…seronok dpt menuntut ilmu..bukan calang2 orang Kak Mah ni tapi orangnya begitu merendah diri..terima kasih daun keladi…nanti boleh berguru lagi!:::emoticon

Kuih Muih Kegemaran, Pelbagai Sumber Resepi 6:36 am

Bahan Inti :

1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..dipotong dadu kecil
1 ulas bawAng putih….dicincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang…….dimayang kecil ]
cili merah…….dihiris halus ] sebagai hiasan

Kalau ada daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untuk menggris acuan kuih cara. Kalau tak ada acuan khas utk kuih cara.. gunakan saja acuan kuih takoyaki tu. Memang senang dan cantik gitu.

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendidih dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

Bahan untuk butter :
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air sejuk
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kuih:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg mempunyai muncung yg panjang .
3. Bubuh minyak pd acuan dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan butter ke atas acuan kuih chara.
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan.
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk kecil.
7. Bila dah masak.. angkat dan hidangkan.

Kuih Muih Kegemaran, Pelbagai Sumber ResepiJuly 12, 2007 10:42 am

*Hanya gunakan separuh bahan jika untuk mkn petang 2 dewasa dan 2 kanak2*

500g sago biji
1/2 biji kelapa diparut
1 cawan gula melaka diracik
sedikit garam
beberapa helai daun pisang disiat 3inci lebar

Sago biji di bersihkan dan ditoskan. Kelapa parut digaul dengan garam secukup rasa . Kemudian dicampurkan bersama sago dan digaul sebati.

Lipatkan daun pisang dalam bentuk kelongsong dan isikan dengan sedikit adunan sago. Letakkan sesudu kecil gula melaka dan tutup kembali dengan sesudu adunan sago. Bungkus daun dan lipat rapat , lalu disematkan kan dengan lidi. (this should look more like a cone). Panaskan kukusan dan kukuslah abuk-abuk selama 8-10minit.

p/s:disebabkan tiada daun pisang…gantikan daun pisang dgn kertas surih/kertas kek dan dibuat saiz yg agak kecil).

 

:::Dunia fotopages menemukan kami..walau tidak pernah bertentang mata namun resepi tetap bermain dimata….cantik foto makanannya sesedap resepi yg dikongsikan..thanks a lot Sis Rossyaemoticon::: 

Kuih Muih KegemaranJuly 2, 2007 9:36 pm

Bahan-bahan
150g sagu mata ikan
2 cawan air
1/2 cawan gula
pewarna hijau/merah
daun pandan
kelapa parut + garam (untuk digaul)

Cara-cara
=> basuh dan toskan sagu, jangan basuh banyak sangat nanti sagu tu hancur
=> masak air bersama gula, pandan dan masukkan pewarna
=> setelah gula hancur dan mendidih boleh masukkan sagu tadi
=> biarkan sebentar, jangan terus dikacau…hanya usik sikit2 aje sebab sagu cepat hancur
=> setelah nampak jernih tepinya boleh dimasukkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.

Kuih Muih Kegemaran, Resepi CubaanJune 25, 2007 2:30 am

 


2 biji kentang(anggaran 130-150 gm)-potong dadu

1 tin sardin cap ayam (230gm)-buang tulangnya,dihancurkan dan ambil sedikit saja sosnya

1/2 biji carrot(40 gm)-potong dadu dan kecil2

1 ulas bawang putih-racik halus

1/2 biji bawang besar-potong dadu

1-2 biji cili padi jika suka rasa pedas-potong kecil2

1 batang daun seleri-hiris halus

sehiris limau nipis-utk perahan

1 s/b mayonis jika suka

sedikit air utk melembutkan kentang 

Caranya:

Tumis bawang putih dan cili padi yg dipotong halus. Masukkan bawang besar,goreng hingga wangi.Masukkan sedikit air,carrot,sardin hancur dan daun seleri.Biarkan agak kering baru masukkan perahan air limau nipis dan mayonis dan gaul rata.Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu.

 

Kulit Karipap Pusing : (menghasilkan 24 biji saiz agak kecil..sesuai untuk sekali makan saiz satu keluarga)

Doh luar yang tak berminyak : (uli gunakan food prosessor)

160-170 gm tepung gandum

80-90 ml air suam + sedikit garam

 

Doh dalam yg berminyak : (juga ulian guna food prosessor)

80 gm tepung gandum

20 gm butter + 20 gm crisco 

 

Langkah demi langkah cara membuatnya:

1) Doh luar yang tidak berminyak diuli hingga sebati.

2)Doh bahagian dalam diuli agak lama ..lebih elok jika seakan berminyak sedikit kelihatannya. 

3)Bahagikan kepada 3 bahagian masing2nya dan untuk langkah seterusnya merujuk view show di bawah.

 

:::Rujukan doh karipap dari beberapa resepi iaitu Sensei Lynn,Sensei Marizah dan Sensei Rinchan serta diubahsuai untuk kesenangan rujukanku di masa akan datang melalui eksperimen yg dilakukan berulang kali..Alhamdulillah cubaan kali ke-4 ini agak berpuas hati..tidak berminyak dan ranggup …sedap dimakan..rasa tidak muak dan sesuai untuk sekali makan…bukankah usaha tidak jemu itu tanda kejayaanemoticon….Insya-Allah…Kenalah buat selalu nampaknya!!!:::

 

 


Kuih Muih KegemaranMay 16, 2007 3:19 am

Bahan-banan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam
sedikit pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Kuih Muih Kegemaran 2:42 am

*Hidangan 3-4 orang*
Bahan-Bahannya :
15 ekor udang besar yang sudah dikopek dan dipotong kecil2(1 paket)
Kulit popia - 15 keping sederhana besar
sebiji carrot}potong memanjang dan halus
2 biji timun}potong memanjang dan halus
lada sulah secukup rasa/kosyou
sedikit garam
3 s/b sos tiram
seulas bawang putih
2 s/b gandum+sedikit air sebagai bahan pelekat

Cara membuatnya:
1)Tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan udang,sos tiram,lada sulah,carrot dan masak sekejap.
2)buka kepingan kulit popia satu2,
isikan bahan tumisan diatas serta timun.
3)Lipat dan gulung kulit popia dan sapukan bancuhan tepung untuk
menjadi gam.
4)Boleh digoreng dan dihidang dgn sos .

Sos Segera Chendana :
3 s/b sweet chilli sauce Roza+1 s/b chilli sauce Roza+2 s/b Sos Cili maagie+2 s/b tomato sos+1 s/b kicap pekat manis ABC+sedikit bijan hitam atau kuning mengikut kesukaan}dimasak sekejap

Kuih Muih Kegemaran, Siri Belajar MemasakMay 3, 2007 4:25 am

250gm tpg pulut Jepun/dango/mochi(1 paket menghasilkan lebih kurang 20-25 biji ikut saiz)
130-150 ml santan pekat
30 gm pulut hitam diblender halus
1 cawan kecil inti kelapa(kelapa kering+kurozato+gula perang+air+sehelai pandan)
sedikit garam
sedikit minyak dilengser pada luar kulit supaya berkilat

*gunakan kertas kalis minyak bagi menggantikannya dengan daun pisang *

 

 Caranya:

Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan lengserkan dengan sedikit minyka dibahagian luarnya. Setelah itu bungkuslah adunan itu dengan kertas seperti membungkus nasi lemak. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak dengna api sederhana.

:::Actually tak pernah makan kuih ni kat Malaysia sebab bukan pengemar kuih bila merantau tu keinginan kat kuih Melayu  begitu ketara….dah jadi peberet lak kami sekeluarga…senang juga rupanya nak menyediakan kuih ini.Domo arigatou kat Sensei Marizah…anak murid sorang ni dah mencubanya banyak kali..hehehehe..baru 3 kali ler..pandai2 wat ayat!emoticon:::

Nihon No Ryori, Kuih Muih KegemaranMarch 27, 2007 2:02 pm

500 ml susu segar
3-4 biji telur
100 gm gula
150 gm tepung
30 gm butter-melted

bahan krim/kastard:
300 ml susu
1 s/b tepung jagung
2 biji kuning telur
gula secukup rasa
esen

Caranya:
Blend semua bahan kecuali butter.
Masukkan butter yg dicairkan-gaul sebati.
Sendukkan ke dalam loyang tak mleekat.Lengserkan sehingga nipis.
Susun lapisan crepes berselang seli dgn krim @ lipatkan satu2.

Kuih Muih Kegemaran, Resepi KeluargaJanuary 24, 2007 1:10 am

 Bahannya:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung ubi
sedikit air garam

Cara:
- Uli tepung ,marjerin,telur &air garam sehingga menjadi doh .
- Bahagikan doh kepada beb.bahagian &canaikan menjadi nipis.
- Campurkan sedikit air dengan tepung ubi untuk disapukan diatas tepung tadi &gulung lalu dipotong menyerong.
canaikan nipis sekali lagi .
- Goreng dengan api sederhana sehingga kerepek kekuningan.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan begitu saja(bagi yang tidak suka manis) atau ditabur gula halus.

:::Nama dipilih oleh Paku Pakis kerana kuih ini diajar oleh kakak Paku Pakis semasa kami bertandang ke rumahnya di Mempaga sebelum bertolak pulang ke Kelate…kakakku memang pandai memasak…bila balik kampung..masakannya menjadi igauan kami…haha!!!emoticon:::