Keki To Muffin Oishii NeJuly 21, 2008 12:36 am

:::Lamanya tak buh entry baru….emoticonlately ni mood masak pun dah kurang..dah tgh sarat2 ni..berdebar2 lak…tapi bila tgk entry bulan Julai kosong ja…alahai….terasa nak update sesuatu ler jugak. Ni muffin segera ja guna…takde hari spesel ke aper…cuma paling penting nak main2 ngan topping butter creamemoticon…nak habiskan saki baki dalam peti sebelum habis jangka hayatemoticon…nanti kang rugi lak..lama nak berpantang..pantnag semuanya..huhuhu!emoticon:::

 

Petua Di Dapur, Cookies Pujaan Ramai, Keki To Muffin Oishii NeMay 8, 2008 12:39 am

 Dari soal jawab alaf 21:

 

Suhu untuk kek adalah 190 C-200 C; biskut pula 175 C-185 C. Pastikan kedudukan rak untuk kek 1/3 dari bawah (tin di tengah) manakala biskut boleh dimasak di atas 2 rak sekaligus, sama jaraknya dengan bahagian bawah dan atas oven.

 

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii NeMarch 7, 2008 2:17 am

Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache. Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud ‘cushion’. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan.

Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air,susu cair (evaporated milk),susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa.Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:
1.Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2.Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3.Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4.Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Jika anda mahu topping atau glazing yang cair,anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal ,sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah,coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat.Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Resipi Chocolate Ganache
(Sumber : Temptation of Chocolate - Alex Goh)

Bahan-bahan :
300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.

atau dari sumber : http://myfaverecipes.blogspot.com/

Bahan-bahan :Untuk ukuran loyang 9 inci atau 22 cm diameter

180 ml krim pekat/krim putar
230 gm coklat masakan, dicincang
2 s/b gm unsalted butter

 

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii Ne, Ruangan InfoNovember 27, 2007 2:57 am

CARA NAK KERASKAN COKLAT

Saya ingin mengetahui bagaimanakah caranya untuk mengeraskan coklat. Sebelum ini saya pernah membuat biskut yang dicelup dengan coklat tetapi coklat tersebut lambat kering atau keras. Bolehkah puan terangkan bagaimanakah caranya?.
Cairkan 200 g coklat masakan yg dihiris halus dengan 1 camb lemak sayuran/vegetable shortening. Pastikan tiada setitik air atau wap yg masuk ke dalam coklat kerana ini akan membuat ia berketul-ketul. Ambil sedikit saja coklat (isikan dlm mangkuk kecil) utk mencelup, biar mangkuk (besar) berisi coklat cair tadi di atas periuk air mendidih perlahan. Dengan cara ini, coklat anda sentiasa cair utk digunakan dan ini mempercepatkan proses menyalut coklat pada biskut.

Jika hendak disusun di dalam balang, lapiskan kertas kalis minyak supaya biskut kekal
cantik. Letak balang di tempat yg agak sejuk (bukan di atas peti sejuk kerana ia panas, sebenarnya).

Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiAugust 23, 2007 2:28 am

150 gm pisang(1 biji kalau dpt  yg besar dan kita suka lenyek dan biar dlm 2 jam baru buat kek)

160 gm gula

180 gm tepung

120 ml minyak

3 biji telur 

1 s/k ovalette

1 s/k baking powder

1 s/k soda bikarbonat 

1 s/k esen vanilla

 

Caranya:

1)Pukul telur dgn gula hingga ringan & gebu.Masukkan pisang lenyek,ovalette dan esen.

2)Masukkan minyak ,pukul lagi n then tepung yg diayak bersama soda dan baking powder.Adun biar sebati. 

3)Panaskan oven terlebih dahulu.Bakar pada suhu 160 selama 50 minit. 

 

:::Resepi simple dan mudah…tapi oishiii sangatttttt….tq akak tunjukkan caranya..menjadi pujaan hatiku,suami dan anak2…marilah membuatnya sokmo gitu!!!:::emoticon 

Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiAugust 18, 2007 7:27 am

Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan akhirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180′C selama 50 -60 minit.


Topping:125 gm butter + 35 gula castor….

::: Kita hiaskan topping mengikut kreativiti sendiri/bahan yg ada dalam peti sejuk…nak perabiskan bahan yg dah dibelikan…nanti mebazir lak…hehe.emoticon:::

Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiAugust 14, 2007 2:23 am

Bahan-bahan :

3 biji telur ~ diasingkan putih dan kuningnya
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan tepung naik sendiri ~ diayak
1/4 cawan tepung jagung ~ diayak
2 sudu besar susu panas
1 sudu besar mentega ~ dicairkan
2 sudu besar air ros  gantikan dengan 1 sudu kecil esen ros)
beberapa titik pewarna merah
100ml whipping cream ~ dipukul hingga kental

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar ke 180 C.
2. Pukul putih telur hingga kental.
3. Masukkan gula dan terus pukul hingga pekat dan berkilat.
4. Masukkan kuning telur, satu demi satu dan teruskan memukul bancuhan.
5. Kaupbalikkan tepung dan susu hingga sebati.
6. Masukkan mentega cair dan pewarna. Kaup balikkan hingga sebati.
7. Tuangkan bancuhan ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak yang telah digriskan. Bakar selama 8 - 10 minit.
8. Setelah keluar dari oven, biarkan kek di atas tin pembakar selama 5 minit. Keluarkan dari dulang dan letakkan di atas redai untuk sejuk.
9. Letakkan kek di atas tuala yang sedikit lembab. Potongkan di bahagian hujungnya.
10. Sapukan krim dan roll kek tersebut.

 

:::Kita hanya gunakan loyang 4 segi sama ja..nak cantik gulungan kena ada loyang lebih panjang supaya cantik gulungan diperolehi..kira berjaya membuatnya sbb dulu2 buat patah…resepi pun mudah pastu kena berani mencubalah kan… baru boleh berjaya..tak cuba tak tahu resultnya!!!emoticon 

Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiJuly 19, 2007 2:36 am

Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit@6 biji saiz M
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari


 

Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.

2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.

3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.

4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.

5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.


hiasan topping=100gm shortening+100 gm butter+100 gula aising…

 

:::Resepi pilihan sempena tanjoubi ke-7 Abg Long..sukalah dia dengar nama Safari2 ni…makannya tidak..dapat 2 biji kek lagi..cam biasa 1 utk Kakak..bentuk love…whateverlah janji tugasan ibu ditunaikan demi anakanda tersayang…"O tanjoubi Omedetou"….moga selamat sejahtera..di dalam peliharaanNya! emoticon:::

Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiJuly 18, 2007 11:56 pm

1 cawan Serbuk Koko
1 cawan Gula Castor
1 cawan Susu Cair
1 cawan minyak masak @ guna mentega, dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum @guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila


kukus guna acuan kecil pun sedap dan cepat!!!

Caranya:
Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.

Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.

Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja. Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil (saya gunakan napkin - because i’m more confident with napkin….of course make sure yg bersih ya….)….utk 2 bekas kecil ini (anggaran ukuran 5 in x 4 in) saya kukus selama 45 minit sahaja dengan api yg sederhana (tidak besar atau terlalu kecil). Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

Utk topping:-
1 tin susu pekat (boleh kurangkan ikut suka)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
Sedikit Garam

 

:::Tq sya…actually teringat2 makan kek Sya yg sedap tu masa gathering kat Oita dolu2 pastu nak habiskan stok serbuk koko la…berkobar2(dah lama pun..kwang3x) nak cuba eksperimenkan kat lab..tapi tak cantik cam Sya punya..namun domo arigatou sbb memberi perangsang utk akak mencuba…sedap hingga tak nak berhenti makan terutama Kakak Syuhada..topping pun takdan buat…Insya-Allah masuk list peberet keluarga ni!:::emoticon

Keki To Muffin Oishii NeJuly 9, 2007 1:25 am

2 cawan tepung

1 1/2 cawan gula

1/2 cawan minyak@butter

4 biji telur

1 s/k baking powder 

caranya:

Tepung diayak dgn baking powder terlebih dahulu.

Pukul telur dgn gula menggunakan whisker hingga kembang.Masukkan minyak dan tepung dan pukul sebati. Boleh dibakar pada suhu 160 selama 50 minit.

*jika suka bahagikan kepada 2 adunan mengikut warna kesukaan dan bubuh dlm acuan secara berselang seli.*

:::Peberet cik abang sayang…diletak nama sedemikian rupa kerana kata cik abangku…persis kek dolu2…Tie… kek simplemu tetap menjadi pujaan kami sekeluarga:::emoticon 

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii NeJuly 3, 2007 5:30 am

Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:
1) adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan
2) tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat
3) jangan bakar terlalu lama (kek akan keras & patah bila digulung)
4) potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii Ne 5:27 am

Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya tetapi kalau tak silap saya, pembekal di Australia/US dll tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

 

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii Ne 5:10 am

AISING COKLAT SATIN

150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur

Cara membuatnya:

Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.

CHOCOLATE GLAZE

310 krim putar (whipping cream)
3 camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup (sirap jagung)
1 camt vanila

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.

AISING BERKILAT

250 gm coklat masakan, dihiris kecil
1 camb minyak jagung
1 camb krim putar

Cara membuat:

1. Bubuh coklat di dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk air mendidih perlahan. Kacau sekali-sekali hingga coklat cair. Pastikan tiada setitik air pun jatuh ke dalam coklat semasa mencairkannya.
2. Ketepikan mangkuk dari air panas, masukkan minyak dan krim, kacau sebati. Biar selama 12-15 minit, kacau sekali-sekali, hingga campuran pekat sedikit.
3. Curahkan campuran coklat cair ke atas kek (pastikan kek diletak di atas redai kerana coklat akan menitis turun). Biar keras sebelum dihias dengan krim mentega.

Coklat Topping

300 g coklat masakan, dicincang halus
150 ml susu cair

Cara membuatnya:

1. Masak coklat masakan di dalam mangkuk yg diletakkan di atas periuk air mendidih.
2. Kacau hingga cair kemudian angkat dan biar suam.
3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Kalau berketul, pukul lagi laju-laju. Biar seketika atau sehingga cukup keras.
4. Sapu sos coklat di atas kek yg sudah sejuk.

Coklat Ganache

175 g coklat masakan, dicincang halus
75 ml krim putar (whipping cream/double cream)
1 camb mentega tanpa garam (unsalted butter)

Cara membuatnya:

1. Letak coklat, krim dan mentega di dalam periuk non-stick.
2. Kacau di atas api perlahan hingga hampir mendidih.
3. tuangkan coklat ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan
tidak bergentel.
4. Bila suam, sejukkan di dalam peti ais. Jangan dikacau dan biar ia
betul-betul pekat dan boleh disapu atau dipaipkan ke atas kek.
Jika ingin ganache lebih ringan, pukul sebentar dengan pemukul
letrik selama 3-5 minit.

Petua Di Dapur, Keki To Muffin Oishii Ne 5:06 am

Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

Keki To Muffin Oishii Ne 4:18 am

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum……]
1 sudu teh baking powder….] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]
80 ml susu segar/fresh milk

 

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180′C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.

:::Masa mula2 jejak kaki ke bumi asing ini Oktober 2004 lalu…blog resepi Kak Liza ler(yg glamour2..Hanieliza.Tk tu..masa tu belum kenal dunia fotopage) menjadi tatapan rasmi…untuk rujukan bila masuk opis..nak wat blog Tk tu tak jadik2 dari dulu…namun begitu…domo arigatou kak(tgh berkawan ngan online chef pujaan hati ni..Ym lagik you…leh korek2 rahsia…elelele)moga murah rezeki sokmo dan dipanjangkan usia!Berangan jadi cam Kak Liza kan beh tu…emoticon….Queen Chef!!!:::

Keki To Muffin Oishii NeJuly 2, 2007 12:02 pm

Bahannya:

4 biji telur
110gm gula kastor
150 gm tepung kek
1/2 cam. teh baking powder
1/2 cam teh ovalette
100 gram mentega di cairkan ( pakai minyak masak pun o.k gak)
30 gm susu pekat manis
hirisan badam (boleh  ganti ngan gajus )
 
cara :
Pukul telur + gula + ovalette  separuh kembang. Pas tu masukkan tepung dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi hingga adunan kembang dan kental. (kena jaga sikit takut mixer rosak) sebab bila masuk tepung tu dia dah jadi berat .
Masukkan mentega cair, susu pekat dan (esen vanilla jika suka).
Putar lagi pada kelajuan sederhana hingga sebati .
Sapuminyak pada loyang dan taburkan tepung atasnya.Masukkan adunan dalam loyang.
Pas tu tabur la hirisan badam atau apa-apa aje sesuai..ikut citarasa!
 
Bakar pada suhu 160 selama 30- 35 minit.(Ini rasanya kena tengok jenis oven kot)
 
p/s:Jika suka selepas dibakar,potong jadikan 2 lapis(atau buat 2 adunan )dan layerkan dgn jem kegemaran keluarga…. 
 
 
:::Orang memberi…kita merasa….dah sedap rasa…kita tak sabar menguja…minta resepi cepat2…masuk lab…memang sedapppp menjilat pinggan gitu:::emoticon 
Nihon No Ryori, Keki To Muffin Oishii Ne, Pelbagai Sumber ResepiJune 17, 2007 7:30 am

-250 gm cheese Philadelphia
-50 gm unsalted butter
-80 gm gula
-3 biji telur kuning
-80cc fresh cream
-2 sudu kecil lemon jus
-40gm tepung roti
-3 biji telur putih
-40 gm dry fruit
- sedikit gula icing utk hiasan

Caranya:
- cheese dan butter dipukul sehingga kembang kemudian masukkan gula separuh bahagian dan dipukul lagik.
-Masukkan telur kuning sebijik demi sebijik diikuti fresh cream,lemon jus.
-pastu masukkan tepung roti dan diadun sebati.
-dalam bowl yg lain putih telur dipukul dengan sebahagian lagik gula sehingga kembang dan bila diterbalikkan ia tidak jatuh.
-Kemudian masukkan dry fruit dan dikacau sebati dengan putih telur.
-Masukkan bahan diatas kedalam adunan pertama tadi ,digaul sebati dan bakar dalam loyang yg dilapisi cling film pada suhu 160 lebih kurang 40-45 minit didalam bekas/dulang berisi air(berlapik).
- Bila masak keluarkan dan tepung tawarkan dengan sedikit gula icing diatasnya macm dlm gambar contoh..sori dah terlebih tepung tawar

:::Hasil penterjemahan tak bertauliah dari koleksi Buku Masakan Jepunku….sedappppp(masuk lif tekan sendiri nampaknya…haha)..cubalah!!!:::emoticon

Nihon No Ryori, Keki To Muffin Oishii NeMarch 27, 2007 1:28 pm

 250gm Philladelphia cheese(1 bar)
 45 gm tepung gandum(diayak dulu ye)
 100gm gula
 2 sudu besar madu
 1  kotak fresh cream(200 ml~yang utk whipping cream)
 2 biji telur
 2 s/b plain yogurt
 1 biji lemon(ambil jusnya)
 1 tin orange…ambil orangenya sahaja


 
 Caranya:
 
-pukul cheese ngan gula sehingga kembang then masukkan telur sebijik
demi sebiji dan diputar lagi.
-kemudian masukkan yogurt,perahan lemon,madu dan tepung,putar lagi…lastly
masukkan fresh cream dan kacau ngan senduk  pula sekejap.
pas tu susunkan orange mengikut mood anda…
-bake dalam 50-60 minit pada suhu 160 darjah…

:::ni asal resepi Jepun dari sempai kite pas tu kita modify lagi ngan resepi guna orange juga dari resepi Jepun…oishisou..rasanya dah terkenal seluruh Jepun so dapatlah nama seperti tertera di atas…akan dikomersialkan kalau ada hajat nak buka kedai kek takdak bumbung(berangan tak sudah)..ok tak?:::emoticon
 

Keki To Muffin Oishii NeFebruary 1, 2007 7:54 am

Bahannya:

 

2 biji pisang dilecek bersama 1 s/b perahan lemon
140 gm butter
120 gm gula
2 biji telur (asingkan putih& kuningnya)
1 s/k esen
2 s/b sour cream
200 gm gamdum diayak bersama 1 s/k baking powder +soda bikarbonat
-50 gm coklat chips kalau suka…
caranya:
- margerine & gula dipukul hingga kembang.
- masukkan telur sebiji demi sebiji - klu nak kembang lagi , asingkan putih & kuning telur …..masukkan putih telur setelah dipukul kembang.
- masukkan pisang , chocolate chip, tepung & soda diayak bersama , vanila & garam.
- akhir sekali baru masukkan kuning telur , pukul hingga sebati.
- masukkan ke dlm loyang , bakar 160 C selama 35 - 40 minit .

:::Resepi dari Kak Gee memang tidak mengecewakan…semua best2..sib baik sempat tgk bukunya semasa bermastautin setahun di Welshan..tempat jatuh lagik dikenang kan!Arigatou akak!!!emoticon 

Western Style, Keki To Muffin Oishii Ne 7:40 am

Bahannya:
250 gm tepung
90 gm brown sugar
150 gm butter
120 gm choco chips
150 ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla

Caranya:
Butter diblend ngan gula sehingga kembang n then masukkan telur satu demi satu.
Masukkkan esen vanilla dan choco chips.
Kemudian tepung dan fresh milk dan pastikan semua diadun sebati.
Lalu masukkan dalam plastik beg yg khas utk topping dan paipkan ikut kreativiti ke dalam bekas muffin idaman hati….
Boleh dibakar pada suhu 180 selama 25 -30 minit.

:::Cubaan kali kedua…kira berbaloilah menonton rancangan makcikkku ini..hehehe…geram nengok Koleksi Kitchen Aidnya…hahaha..dapatkah memilikinya pada suatu hari nanti!emoticon:::