Ayam & Daging Lazat TerperiAugust 12, 2009 1:39 am

Rujukan: SERI DEWI & KELUARGA FEBUARI 2008

Bahan2nya:

150gm daging-direbus dahulu

2 sudu besar tomato puree

60 gm rempah beriani

30 gm bawang besar

20 gm bawang putih

15 gm halia

60 ml santan

Garam dan bahan perasa secukupnya

 

 CARA MEMASAK:

1)Tumis bahan kisar di dalam kuali sehingga kekuningan.

2)Masukkan tomato puree dan kacau sehingga pecah minyak.Selepas itu,masukkan rempah beriani dan kacau rata.

3)Masukkan santan diikuti daging kemudian tamabh garam dan bahan perasa secukupnya.Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.

 

:::Rasanya sedap walau bahan agak simple…boleh tukar ayam…cara memasak juga amat ringkas…sesuai di makan dengan nasi putih,pulut kuning pun ye juga..cik abang kata utk lauk pengantin pun ok gak..jgn dia yang jadi pengantin dah ler yer!!!!emoticon::::

 

 

Ayam & Daging Lazat TerperiJuly 21, 2008 12:50 am

1 kg daging
3cm halia}kisar
2 ulas bawang putih}
1/2 labu bawang besar}
3 s/k lada hitam(serbuk @biji)
2 s/b sos tiram
1 s/b sos tomato
1 s/b sos cili
3 s/b kicap pekat manis
garam secukup rasa
1 labu bawang besar dipotong bulat

Caranya:
1)Perap daging dengan bahan kisar(1/2 jam)
2)Panaskan kuali dan masukkan 3 s/b minyak,tumis bahan perapan.
3)Masukkan 1 labu bawang besar yg dipotong bulat.
4)Renehkan sampai daging empuk(seeloknya daging dimasak dlm pressure cooker terlebih dahulu)
5)Masakkan sehingga pecah minyak dan agak pekat.

 

 

:::Dah lama dapat resepi ni…bila chek balik tak buh lagi kat sini…memang sedap dan amat mudah dimasakemoticon…dapat resepi dari Kak Gee..honto ni domo arigatou…kenalan/senpai masa kat Chiba Jepun…3 tahun dolu2…anak2 memang suka cuma kena kurangkan lada hitam ikut kepedasan yg disukai…alahai oishisouuuuu ne!:::emoticon

 

Ayam & Daging Lazat Terperi, Pelbagai Sumber ResepiAugust 18, 2007 12:04 pm
Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di bersih dan di potong ikut suka (selalunya di potong 8 )
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili (kalau suka pedas mcm kat kedai mamak tu letaklah lebih.. 1 sudu besar gitu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bestt - tumbuk halus )
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
* sedikit madu (kalau letak madu, rasa ayam goreng tu manis sikit sapa yg tak suka tak yah letak )

 

Cara-caranya :

1. Tumbuk halus : bawang putih + halia + serai + kunyit hidup + jintan manis + jintan putih.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit (klu guna serbuk), garam, tepung gandum dan * madu. Gaulkan semuanya hingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan peraplah ia selama kira-kira 3 jam. Kalau lebih lama lagi ummphhh.
4. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
5. Selalunya kalau masak nasi lemak dan nasi ayam.. memang WAJIB sediakan ayam goreng ni.. panas-panas gitu…

*Resepi ni saya ambil dan di ubahsuai ikut selera sendiri. Kalau rasa nak lebih pedas, lebihkan serbuk cili dan serbuk kari. Kalau tak mau pedas ikutlah sukatan di atas. Sekiranya bahan rempah tu agak pekat tambahkan sedikit shj air tapi jangan sampai cair.

 
:::Memang sedap lebih2 lagi bila digabungkan bersama Nasi Hujan Panas,Acar mentah,Dalca daging…uihhhh mak mertua lalu kat belakang memang tak nampak ler….:::emoticon 
Ayam & Daging Lazat Terperi, Siri Belajar MemasakAugust 6, 2007 4:52 am

Bahan-bahan

10 biji telur - direbus & kupas kulitnya

1 kg daging cincang - dicuci & toskan airnya

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar lada sulah (jenis biji) - kalau serbuk 1 sudu teh

garam - secukup rasa

gula - semanis bahasa (kata Kak Mah)

2 sudu besar tepung jagung @ tepung kanji/ubi

 

Cara Membuatnya:

1. Tumbukkan lada sulah hingga hancur/halus, diikuti dengan halia dan bawang putih.

2. Ambil bahan yg telah ditumbuk tu dan gaulkan bersama daging…kemudian masukkan garam secukup rasa & gula semanis bahasa…

3. Campurkan tepung jagung untuk bagi daging tu melekat…kalau guna daging cincang buatan sendiri tak perlu campurkan tepung jagung …gaul rata dan perapkan seketika…biarkan adunan mesra

4. Bahagikan daging yang telah diperap kepada 10 bahagian

5. Ambil sebiji telur rebus yg telah dikupas kulitnya…dan salutkan/dibungkuskan telur tersebut dengan 1 bahagian adunan daging tu…lakukan perkara yg sama sehingga habis…

6. Panaskan minyak didalam kuali…gorengkan telur yg telah dibungkus…balik-balikkan seketika…supaya masak rata…bila dah masak rata bolehlah diangkat…

Bahan-Bahan untuk Sos

1-2 biji Cili Merah (tak ada…cili hijau pun boleh) - potong serong

1/2 - 1 labu bawang besar - dimayang

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)

2 - 3 sudu besar Sos cili

3 - 4 sudu besar Sos Tomato

Garam

Gula

Bawang besar - potong memanjang (kalau bawang tu tak besar sangat bolehlah dibelah 4 sahaja)

Kacang peas

Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dlm periuk/kuali @ apa2 ajer…tumiskan rempah 4 sekawan…biarkan hingga garing sikit

2. Masukkan bawang besar yg telah dimayang…kacau dan goreng hingga bawang kekuning-kuningan

3. Bila bawang dah garing masukkan cili merah, cili sos & tomato sos…kacau rata…

4. Masukkan pula sedikit air dan juga bancuhan air tepung jagung…kacau rata dan tengok kepekatannya…kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi…

5. Masukkan garam secukup rasa dan gula semanis bahasa…rasakan masam, masin dan manisnya…ikut citarasa sendiri…kalau apa yg tak kena tu pandai-pandailah nak menambahnya…

6. Biarkan masakan mereneh seketika…bila sos dah cukup masak…masukkan telur bungkus yg telah siap digoreng itu dan siramkan sos ke atasnya…supaya mesra…

7. Sambil-sambil tu masukkan bawang besar yg telah dipotong/belah memanjang dan juga kacang peas…dan biarkan layu seketika…kalau ada tomato bolehlah dibelah-belah dan masukkan juga…

8. Bila semuanya sudah sebati/mesra bolehlah diangkat dan telur bungkus tu bolehlah dibelah 2 dan dihidangkan…

 

:::Lagi2 hasil usaha Puan marizah selaku juru taip resepi..honto ni domo arigatou..kita ambik simpan kat sini utk rujukan..mudah2an dapat manfaat sama juga::::emoticon 

Ayam & Daging Lazat Terperi, Pelbagai Sumber ResepiJuly 26, 2007 11:26 am

BAHAN-BAHAN
Ayam  1kg (potong dadu ikut suka hati)
Bawang merah (hiris halus-halus)
Bawang putih (hiris halus-halus)
Halia (hiris halus-halus)

REMPAH

A
Bunga lawang (star anise)- 2-3 biji
Kayu manis (cinnamon stick) – 1 batang

B
Minyak masak –5-10ml
Cuka – 10ml

C
Kicap - < 5ml (saya pakai kicap TAMIN manis pekat)
Sos tiram - < 5ml
Lada hitam (ditumbuk halus) - (5-10gm; ikut suka hati sbb lebh banyak lebih pedas)
Sos tomato < 5ml
Garam (ikut suka hati; biasanya saya guna kiub perasa ayam MAGGI
Bawang besar (potong)


yang ni saja taruk carrot nak habiskan stok…

Methodologi
1.  Potong dan bersihkan ayam. Cuci dan lumurkan dengan cuka selama 15 minit utk hilangkan bau ayam. Cuci ayam semula dengan air utk proses selanjutnya.
2. Panaskan periuk dengan api sederhana.
3.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia serta bahan A sampai naik bau.
4. Masukkan ayam, sedikit air dan masak ayam sehingga masak)
5. Masukkan C dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya.

 

:::Baru try sekali ja…rasa kurang apa ntah la…kena improve lagi nampaknya..tak boleh lawan yg Connie san masak masa singgah rumah dia di Kagoshima-shi tahun lepas..oishikatta desu yo!!! Practise make perfect…cubalah lagik!emoticon

Nihon No Ryori, Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Ayam & Daging Lazat Terperi, Resepi CubaanJuly 20, 2007 9:17 pm

Bun Burger:(boleh juga dibuat donut sebahagian jika suka)

400 gm tepung roti
2 s/k dry yis(3 gm)
3 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b tepung susu@susu pekat(abaikan pun takpa sbb guna freshmilk)
40 gm butter
1 biji telur
200 ml (100ml air suam +100 ml fresh milk )

caranya:
Sama juga step dengan roti sebelum nih…cuma masa nak bentuk tuh bahagi 6-8 bahagian sama byk dan bentuk macam pau tapi smooth atasnya …tunggu la kembang sekali ganda…pastu spray ngan air kat atasnya dan taburkan bijan 2 jenis warna n then bakar pada suhu 200 darjah lebih kurang 25 minit(oven mesti dipanaskan terlebih dahulu)

Burger Daging@Ayam:

350 gm daging/ayam tanpa lemak@guna yg minced
50 gm bawang besar(1/4 biji)
1 biji telur
2 s/b fresh milk
1 1/2 s/k garam
1/2 s/k serbuk lada sulah/kosho/lada hitam
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk parsley,oregano jika suka
10 gm panko/serbuk roti boleh diletak jika mahu

Caranya:

-Semua bahan dimasukkan ke dalam food prosessor,di mesin dlm 30-50 saat sehinnga semuanya hancur.
-Ambil dan bahagikan kepada 6-8 bahagian.Kepal2kan dan dileperkan berbentuk isi burger.
-Boleh digoreng dengan sedikit minyak.Balikkan kedua2nya.
-Bolehlah dihidangkan dengan bun burger dan lapiskan mengikut kesukaan..contohnya sos cili,tomato ,mayonis dan salad,kubis hiris serta timun potong,hirisan tomato dan bawang tambahan mengikut citarasa.

 

 

:::Ubahsuaian resepi dari buku masakan Jepunku(resepi b/maker & food prosessor) mengikut selera keluarga…dah jadi peberet kami(nak beli kat Mc D dah tahu HARAM di makan kat Jepun ni…apalagi main masak2 ler…kenyang gitu makan sebiji..maklumlah queen size…hohoho..mahal tu kalau jual ikut pasaran!Hari ni pun..Homemade Oshin’s Juicy Queen Burger(nama cantik,sedap ke tak kena cuba dulu) in progressing….emoticon:::

Ayam & Daging Lazat Terperi, Pelbagai Sumber Resepi 1:35 pm

Sumber : Ezah/Zureen ~Dmoshi2~

1 ekor ayam(bahan lain agak2 lah ye puan2)

bawang putih + halia + serai + black paper +garam kunyit + gula/gula melaka +
sos tiram + kicap manis….itu je..semuanye di hancurkan/blender n lumur pd ayam..biarkan dia sebati n bakar dalam 30 minit..pastu balikkan n tambah lagi 10 minit…pastu..boleh dimakan begitu saje…

 

 

:::Kita perap dan bakar lebihkan masa bagi masak luar dan dalam…guna arang lagik best & terangkat! Memang mudah tapi sedappppp..tq ezah cayang!!!.emoticon

Petua Di Dapur, Ayam & Daging Lazat TerperiJuly 3, 2007 5:36 am

Ayam mesti diperap 1 jam dengan bawang putih dan halia yg dikisar halus (untuk 500 g ayam, anggaran 3 sudu besar). Kemudian ketepikan bahan kisar, salut dengan campuran tepung goreng Kentucky (dlm kotak, gunakan 1/2) dengan 1 biji telur. Perap 1 jam lagi sebelum digoreng dlm minyak yg panas dan banyak (supaya ayam tenggelam). Jika tidak mahu gunakan telur, boleh ganti dengan sedikit air supaya tepung mudah melekat pada ayam.

 

Western Style, Ayam & Daging Lazat TerperiJune 17, 2007 7:20 am

Bahan-bahan:
4 ketul boneless chicken@1 ekor ayam saiz 850 gm(kita pakai utk BBQ)
10 gm rosemary kering
1 tsp serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
2 tbsp minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 biji Lemon direbus supaya berjuicy

Cara Membuatnya

1. Tumbuk rosemary bersama bawang putih.
2. Keringkan ayam dengan paper towel. Lumurkan ayam dengan minyak zaitun, rosemary yang telah ditumbuk dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Letakkan lemon yg berjuicy disekeliling ayam(petua Diana)
3. Masak atas frying pan atas api yang sederhana supaya bahagian dalam ayam masak sekata tanpa menghangitkan luar ayam.

:::Yang saya eksperimenkan…gunakan oven selama 45 minit  pada suhu 200..lepas tu baru bakar di atas frying pan..supaya masak luar  dan dalam dan agak garing…persis rasa Kenny Rogger gitu..istimewa di hari lahir cik abang sayang..suka agaknya dia..dah makan banyka tu…hehe!!!emoticon::: 

Ayam & Daging Lazat TerperiFebruary 19, 2007 4:23 am

1 tin nangka muda

1/2 ekor ayam dipotong kecil2 

1/2 biji bawang besar

2 biji bawang putih

5 biji cili kering

2 inci halia,1 inci kunyit@1 s/k kunyit serbuk dan 1 cm lengkuas

3 s/b kerisik

1/2 tin santan pekat 

15 gm serbuk kari Baba’s(+ sedikit air) 

Caranya:

Bahan diblender dan ditumis hingga wangi baru masukkan serbuk kari ,kerisek dan ayam dan akhir sekali santan. Masak hingga kuah agak pekat dan kelihatan berminyak.

 :::Ada rasa macam rendang sikit…sedappp..pilihanku tatkala teringin makan nangka muda:::emoticon

 

Ayam & Daging Lazat Terperi, Resepi KeluargaFebruary 7, 2007 10:27 am

1/ 2 kg daging dipotong agak tipis ,dicuci dan digaram kunyitkan.

2 biji bawang besar dihiris halus dan bulat

2 biji cili hijau+2 biji cili merah

minyak utk menggoreng 

Caranya:

Goreng daging tanpa minyak terlebih dahulu sehingga kering airnya(lebihkan air supaya daging agak lembut).Masukkan dalam 5 s/b minyak dan goreng sehingga agak lembut baru masukkan bawang dan cili.Tutup api bila bawang dan daging kelihatan agak garing dan sedap dimakan panas2 gitu.Kalau suka boleh tamabh kicap sikit…. 

:::Masih lagi berkenaan makanan kegemaran arwah ayahku..dia cukup suka lauk ini dimakan panas2 terutama di musim Raya Haji la kan…dpt daging mentah begitu banyak kan! Goreng bahagian "perkakah dalam"contohnya hati,jantung,lidah utk sapa2 yg suka campur2 ler…  sedap jugak tu:::emoticon