Rujukan:http://toknabe.blogspot.com/2008/05/bunga-nasi-kerabu.html
Bunga untuk mewarnakan nasi kerabu!!!
Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.
Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara je yang saya tau iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.
