Bahan2:

2 ekor ikan kembung saiz besar-digaram kunyitkan dan dibakar. (boleh juga diguna utk ayam)

1 cawan santan pekat atau terpulang jika mahu lebih

3-5 sudu besar tepung beras dicampur sedikit air 

sedikit air asam jawa@asam keping

garam dan gula secukup rasa 

Bahan tumbuk/blender:

4 biji bawang putih 

3 batang serai-dititik

3 cm halia 

2 camca besar ketumbar

1 camca kecil jintah putih

1 camca kecil lada hitam

 

 

Caranya:

1)Tumbuk kesemua bahan kecuali serai .Tumiskan semua bahan dgn sedikit minyak hingga agak wangi.Masukkan santan dan tepung beras.Biarkan mendidih dan kelihatan likat dan masukkan air asam@asam keping kemudian rasakan garam serta gula.Bolehlah dicelupkan ikan ke dalam kuah atau kuah boleh dituang keatas ikan bakar tadi.