Sumber: Bakersplace.blogspot

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 kpg roti gardenia
4 biji telor ayam
1 cawan gula
2 sudu gula ( dijadikan gula hangus )
sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya
Gula dihanguskan terus kedalam loyang sehingga perang dan disejukkan. Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian bubuh esen vanilla. Tuangkan kedalam loyang. Kukus selama setengah jam sehingga masak.
:::Kita tambah buah2 campur yg kering jenama Nona sebagai tambahan..ok juga rasanya….ghau2 bau dia…wangi gitu::: 
p/s:Harap maaf jika selepas ini blog ini kesepian sekejap kerna kesihatan tidak menentu…mungkin dalam 2,3 bulan pertama ini..buat yg beragama Islam.."Selamat Menyambut Aidiladha" ..moga pengertiannya kita hayati erti sebuah pengorbanan..berkorban apa saja!!!
