Sayur Lemak Putih Loong Soh Choy

1 ikat pucuk Loong Soh Choy(boleh didapati kat TESCO)
1 cawan santan agak pekat
6 ulas bawang merah kecil
1 s/k lada hitam
2 hirisan bawang besar
sedikit hirisan lada merah yg besar
seekor ikan kembung/sardin saiz kecil direbus @jika ada lebihan ikan goreng boleh juga(ambil isinya sahaja).
Sedikit garam buku kasar dan gula
Caranya:
Tumbuk bawang merah,lada hitam ,garam buku kasar dan ikan rebus@goreng hingga lumat.
Sayur dipotong kecil2 dan masukkan santan,bahan tumbuk,hirisan bawang besar dan cili merah dan masak hingga mendidih.Masukkan sedikit gula dan rasakan garamnya.Siap boleh dihidang tidak perlu masak lama2.
:::Sayur kegemaran suamiku…tempat shopping terkini kami…TESCO Saujana Impian…mcm2 sayur kg ada..syoknya..kalau nak tau actually sayur pucuk labu rasanya..saja letak kat atas nama Cina..kasi suspen..balik dari merantau jauh ni..tentulah keinginan kat sayur2 kampung cukup mememikat kalbu..apa lagi jom main masak2 ala kelate style ..versi Bukit Marak..ringkas,mudah,murah dan menjimatkan gitu(kali ini kita guna ikan yg lebihan singgang pun sedap bila digoreng semula).
