Bahan Laksam:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung ubi/kanji
3 cawan air (lebih kurang 650-700 ml)
sedikit garam dan minyak untuk melengser
*gunakan sukatan cawan yg sama)
Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas . Ulang hingga selesai semuanya dan boleh digunting agak tebal.
*Seeloknya gunakan tudung periuk berlainan setiap kali mengukus supaya laksam yg terhasil cantik ataupun bersihkan tudung periuk setiap kali mengukus!
Bahan untuk kuah:(4 orang makan)
1 ekor ikan saba/mackerel saiz besar @4 ekor aji saiz sederhana kalau di jepun@4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 biji kepala parut diambil santannya@ 1 tin stn
2 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara membuat kuah:
Ikan dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan terus tutup api.
p/s:jangan dibiarkan lama mendidih kerana nanti kuah akan pecah minyak.
Sambal Lada Tumbuk Lesung:
2 biji cili merah yg besar+sedikit cili padi hijau (5 biji)
sedikit belacan bakar
sedikit perahan limau nipis
sedikit cuka,garam dan gula
Hidangkan dengan sambal lada jika suka pedas.
:::Peberetku zaman kecik2 dulu sehinnga sekarang..teringat pulak kat Laksam Arwah Mak Da Pak Da Sin tiap2 petang hari Khamis…aku kira orang terawal datang..kalau tak habisss…paling best pernah kurasa…resepinya tak reti nak minta maklumlah masih berhinggus lagi masa tuuuu::: 

kalu buh tpg gndum,dia jd pejal yek?
Comment by ct — August 16, 2007 @ 3:11 pm