Sumber: Roshayati Johari
Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit@6 biji saiz M
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
hiasan topping=100gm shortening+100 gm butter+100 gula aising…
:::Resepi pilihan sempena tanjoubi ke-7 Abg Long..sukalah dia dengar nama Safari2 ni…makannya tidak..dapat 2 biji kek lagi..cam biasa 1 utk Kakak..bentuk love…whateverlah janji tugasan ibu ditunaikan demi anakanda tersayang…"O tanjoubi Omedetou"….moga selamat sejahtera..di dalam peliharaanNya!
:::
