Menu Hebat Belaka, Resepi CubaanJanuary 30, 2007 8:40 am

 Bahan2 Asasnya:
1 paket Oden Setto,1 paket aburage, 6 sosej Sadia,6 bendi dan daun mizuna(pengganti kankung).Tambahan jika ada telur puyuh,filamen crab stick.

SUP UTK YONG TAU FOO(*resepi berdasarkan 3 resepi yang diubahsuai ikut citarasa dan kesesuaian bahan di Jepun)
1 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 camb stok pekat ayam(optional)
2 cm halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 camt gula pasir
Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup.(Saya masukkkan dan rebuskan kesemua bahan asas diatas)

SOS CILI UTK YONG TAU FOO
8 biji cili merah, dibuang biji(digoreng dengna minyak)
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
1 s/b kicap pekat
3 camb gula atau gula melaka @kurozato(di jepun saja)
garam secukupnya
sedikit belacan bakar
1 s/b sos tiram

Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk.

Khazanah Malaya, Ruangan InfoJanuary 24, 2007 2:01 pm

Candlenuts (buah keras in Bahasa Malaysia) are cream-coloured waxy nuts. They are often ground into a paste with other spices to thicken and flavour curry dishes.

 

Khazanah Malaya, Ruangan Info 1:56 pm

Tahukah dan kenalkah anda???emoticon

Khazanah Malaya 1:04 pm

Basil is a versatile herb which has a distinctive scent reminiscent of anise, and a warm, sweet, aromatic, mildly pungent flavour. Local basil is known as selasih. Basil comes in several varieties, some with a strong scent, others with a milder, more lemony scent.

Khazanah Malaya 1:01 pm

Galangal is a pale yellow rhizome with pink skin and knobs. It is related to ginger but has a milder taste and is commonly used fresh in Thai and Malaysian cooking. Fresh galangal is readily available at wet markets and in some supermarkets. It is known as lengkuas in Bahasa Malaysia.

Aneka Rasa Donut & Roti Panas, Resepi Cubaan 11:32 am

Hot Dog sendiri bikin

 Bahan-bahan:(Masukkan ke dalam bread maker yang menguli selama 1 1/2 jam)
400 gm tepung roti
2 s/k yis
3 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b susu tepung
1 biji telur(saiz M)
40 gm butter
200 ml air suam

Selepas selesai ulian,bentukkan doh seperti roti Hot Dog..saiz bergantung ikut suka besarnya!Biarkan doh mengembang sekali ganda lagi lalu dibakar pada suhu 200 darjah selama 25 minit.Untuk kali kedua bakar kurangkan suhunya yer!

*Spray dengan air untuk permukaan yg smooth diatasnya sebelum dibakar*
*Kalau ulian tangan kurangkan sukatan air sedikit* 

 


Inti Dalam:(Bergantung citarasa ayam @daging dicincang dimasak sekejap terlebih dulu)

Hirisan timun dan juga salad hijau yang fresh gitu
sos cili manis Roza+sos cili Maggie+sos tomato
mayonis

1 tin kecil sardin Cap Ayam(sedap weih) ……..hancurkan isinya
1 labu bawang besar…potong dadu kecil
3 biji cili merah………..cincang halus(optional)
4 biji telur………………pukul skit(+ sedikit white pepper)
garam secukupnya

Cara:
1.  Gaul rata semua bahan.
2.  Sapukan sedikit butter  (gunakan kuali tak lekat) dan sendukkan adunan sardin dan tutupkan dengan roti hot-dog yg dah dibelah tadi.
3.  Biarkan garing skit dan angkat.
4.  Masukkan hirisan timun dan salad fresh serta sos cili & mayonis
5.  Enak dimakan semasa panas.

:::Hasil ubahsuai Paku Pakis mengikut selera keluarga kami …pertama kali ni..dah kempunan sangat ler tu dengan Roti John pasar malam kalau di Malaysia la!!!emoticon:::

Mee,Bihun N Laksa Pilihan, Resepi Keluarga 1:54 am

 

2 kilo laksa @1 paket laksa kering direndam dlm sejam bolehlah direbus

Bahan untuk kuah:(Hidangan lebih kurang 6-8 org makan)

2 ekor ikan saba @ 6 ikan aji kalau di Jepun @ 6 ekor ikan kembung  saiz agak besar(M’sia)
1 sudu kecil makan lada hitam
10 ulas bawang merah /1 biji bawang besar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya/2 tin stn(agak pekat)
2 liter air  utk diblender dengan ikan dan tulang(perlu tapis)
3-4 keping asam gelugur (rasakan masamnya, baru tambah kalau perlu)
sedikit garam dan cik aji sedikit@gula sbg alternatif

Cara membuat kuah:

Ikan saba/kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak .
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk/blender hingga lumat.
Manakala tulang diblender asing(ambik lebihan air rebusan) tapiskan
Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.(@ blender)
Masukkan semua bahan tumbuk@blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih sekejap saja dan terus tutup api.
Jangan biarkan lama di atas dapur takut pecah minyak nanti tak cantik.

Bahan untuk ulam:(Gaulkan kesemuanya selepas dipotong halus)

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang@kacang buncis - dimayang
Timun batang dimayang
Kubis dipotong halus2
Taugeh(dibuang ekornya)
Bunga kantan-dihiris halus juga

Sambal cili:

Cili merah+cili padi + sedikit belacan dibakar }diblender dan rasakan garam gulanya.

-bolehlah dihidang dengan sambal cili,limau nipis yg dipotong halus,belacan yg diracik halus2 dan garam halus jika suka.

:::Berguru dari Bonda yang jauh dimata namun lagi dekat di hati….masakanmu pasti diingati walaupun di mana Paku Pakis berada!!!Mak… Pleaseemoticonme…huhuhu::: 

Kuih Muih Kegemaran, Resepi Keluarga 1:10 am

 Bahannya:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung ubi
sedikit air garam

Cara:
- Uli tepung ,marjerin,telur &air garam sehingga menjadi doh .
- Bahagikan doh kepada beb.bahagian &canaikan menjadi nipis.
- Campurkan sedikit air dengan tepung ubi untuk disapukan diatas tepung tadi &gulung lalu dipotong menyerong.
canaikan nipis sekali lagi .
- Goreng dengan api sederhana sehingga kerepek kekuningan.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan begitu saja(bagi yang tidak suka manis) atau ditabur gula halus.

:::Nama dipilih oleh Paku Pakis kerana kuih ini diajar oleh kakak Paku Pakis semasa kami bertandang ke rumahnya di Mempaga sebelum bertolak pulang ke Kelate…kakakku memang pandai memasak…bila balik kampung..masakannya menjadi igauan kami…haha!!!emoticon::: 

Nasi Selera Idaman, Resepi KeluargaJanuary 23, 2007 11:16 am

Nasi biru@kuning:(cadangan hidangan 5-6 orang)

-4 pot beras Siam
-Sebatang serai yg diketuk, jangan lebam udah le…
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru @ bunga talang

-2 helai daun limau purut saje
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.

caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skitt dah boleh dimasak.

Sambal Tumis:

-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-1 tin santan/sebiji kelapa
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk
budu sesudu baru ngam.

*untuk sambal ikan*

-2 ekor ikan kembong @ ikan aji(dibakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…

*untuk ulam2nya, tgk situasi kat mana anda berada!
-taugeh,kacang panjang,timun batang bukan timun cina,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh dan ada lagi segala
mcm ulam lagi daa….

*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas) Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu dan juga
taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng,telur asin,solok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih)

p/s:*nota kaki ; sebab sekarang kat Jepun ,ulam2 tu ikut mana ada,cam kcg
pjg boleh ganti ngan kcg pendek… namenya kcg buncis ler.Macam
ikan boleh ganti ikan saba, aji seeloknya.

:::Nama Nasi kerabu Mok Soh dipilih sebagai mengenang kesedapan dan ingatan Paku Pakis terhadap arwah makcik di zaman kecilku yg terkenal dengan nasi kerabunya yang dijual di kampung dan serata bandar KB…sekarang susah nak jumpa weih!!!emoticon:::