Ruangan Info, Resepi Keluarga, Salam Dari DapurNovember 3, 2009 2:54 am

 MULAI 31 OKTOBER baru2 ini…saya membuka gerai jualan pertama kali dalam hidup…memperkenalkan keenakkan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK…homemade sudah tentunya!!!

Buat peminat nasi kerabu biru..sila datang beramai2..PROMOSI SEPANJANG NOVEMBER sedang berlangsung…menu special utk weekend sahaja!!!

Didatangkan hidangan STANDARD PACKAGE(RM3.50) & SUPERRR PACKAGE(RM6)

Jemput dtg ramai2..untuk merasai keenakan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK….dptkan harga promosi sempena November utk SUPER PACKAGE!

Boleh rujuk sini untuk gambaran penuh:NASI KERABU BUKIT MARAK

LOKASI:B5 G 8,Jln Ping. Putra 1/2,Tmn Ping. Putra,Seri Kembangan..nearby JUSCO EQUINE,opposite PETRONAS+KFC

Nasi Kerabu Bukit Marak Superrr Package(RM6)

 

 

Ruangan InfoOctober 27, 2009 9:26 am

Rujukan:http://toknabe.blogspot.com/2008/05/bunga-nasi-kerabu.html

Bunga untuk mewarnakan nasi kerabu!!!

Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.

Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara je yang saya tau iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.



Untuk info:Clitoria flower

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaSeptember 1, 2009 5:03 am

sebelum(dari kamera hp aje)…

 

sesudah(sori kualiti foto amat tidaklah memuaskan)

Bahannya:

6 ekor sotong saiz sedang(kalau dpt yg ada telur lagi sedappp)

1 cawan beras pulut(boleh tambah ikut kesukaan tapi kena padan ngan santan la pulok)

1 1/2 cawan santan pekat

2 keping nise Qlate/gula melaka(boleh tambah ikut suka kemanisannya)

Sedikit gula pasir jika suka dan secubit garam

1/4 sudu teh halba

2-3 helai daun pandan

sedikit lidi sebagai pencucuk(12 btg ikut jumlah sotong lah yer pastu X 2)

Caranya:

Rendam beras pulut dgn santan dan halba dalam 1/2 jam.

Sumbat beras pulut kedalam sotong separuh sahaja dan letakkan kepala sotong dan cucuk dengan 2 lidi secara bersilang seperti gambar contoh.

Masuk dalam kuali santan,pandan,halba,gula,nise dan garam serta lebihan beras pulut boleh dimasak bersama(biasanya saya lebihkan sbb suka makan sotong bersama pulut kat luar tuh…kaw2..sedapnyaaa tak terkata!

 

Bolehlah dimasak sehingga pulut didalam masak dan luar sotong  berkilat cantik gitu…dan dihidang sebagai appetizer!

:::Masakan ini sesuai utk juadah berbuka puasa biasanya…sebagai pemanis mulut rakyat Qlate…iaitu salah satu peberetku..teringat dolu2 kakak rajin membuatnya..kita tukang makannnnn,satu ekor tak cukup pulokkkk..adik beradik ramai….huhuhu..dah besar panjang kena buat sendirilah kalau dah teringinnnn sangatttttt!!!Mudah aje kannnnn..kannn…cubalah kalau anda peminat seafood mesti tak nyesal punyer!!!emoticon:::

 

Keki To Muffin Oishii Ne, Siri Belajar Memasak, Kelas ilmu 4:42 am

Ilmu yang dipelajari pada 26 Julai 2009 dari IRABAKERY(boleh klik kalau nak tgk)!!!

Antara foto koleksiku yang ada dan ehsan dari cikgu kelas…tq ya Shanti Faridah!

rakan seperjuangan…alamak terlebih sudahhhh!!!

syok dapat berguru…dekat lak tuh..jiran seksyen 7 je!

posing masing2…bangga ngan produk hiasan cc..huhu!

hasil bersama partner Sue..lefhanded day!!!

Utk dibawa pulang..hasil keras tanganku!!!

saja2 main2 ngan fondant lebihan!!!

nak rasmi 2 layer serving plate..hihihi!!!

 

Ruangan InfoAugust 16, 2009 3:36 am

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

 

:::Oleh itu jangan ragu2 makan budu….hoho..rindunya nak makan ramai2 Kat Bukit Marok cicah budu ngan pucuk kereteh,bunga kunyit dll..bubuh pulok buah durian…tangan dok dalam pinggan budu jah…sampai traffic jam..hehehe…rindu wehhhh:::emoticon

Ayam & Daging Lazat TerperiAugust 12, 2009 1:39 am

Rujukan: SERI DEWI & KELUARGA FEBUARI 2008

Bahan2nya:

150gm daging-direbus dahulu

2 sudu besar tomato puree

60 gm rempah beriani

30 gm bawang besar

20 gm bawang putih

15 gm halia

60 ml santan

Garam dan bahan perasa secukupnya

 

 CARA MEMASAK:

1)Tumis bahan kisar di dalam kuali sehingga kekuningan.

2)Masukkan tomato puree dan kacau sehingga pecah minyak.Selepas itu,masukkan rempah beriani dan kacau rata.

3)Masukkan santan diikuti daging kemudian tamabh garam dan bahan perasa secukupnya.Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.

 

:::Rasanya sedap walau bahan agak simple…boleh tukar ayam…cara memasak juga amat ringkas…sesuai di makan dengan nasi putih,pulut kuning pun ye juga..cik abang kata utk lauk pengantin pun ok gak..jgn dia yang jadi pengantin dah ler yer!!!!emoticon::::

 

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 30, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Kuih Muih Kegemaran, Seafood Pelbagai Rasa, Resepi KeluargaJuly 26, 2009 4:59 am

sebelum…

 

sesudah….

Sesuai utk juadah berbuka puasa…pemanis mulut…salah satu peberetku!!!

p/s:Resepi nanti yer tempek….anak dok bergayut!!!

 

Petua Di Dapur, Ruangan InfoMay 28, 2009 12:31 am

MINUM AIR BERAIS SELEPAS MAKAN=KANSER

ANDA TIDAK PERCAYA???

 Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda.

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

:::Moga menjadi panduan kita sebagai ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta…emoticon emoticon….kowaiiiiiii neeeee!!!!:::

Jalan2 Cari MakanMay 11, 2009 8:14 am

Sempena hari ibu semalam…konon2 nak wat surprised…en.suami dan anak2 nak jamu ibu kat resutoran jepung Miyagi kalau tak silap…tahun lepas daaa pergi…ampun sedap makan..sedap la bayar…di Seksyen 9…alahai takde rezeki…yg tu kuar post…WONG SOLO juga di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi..tapi agak tersorok coz belakang jalan utama.

Restoran Indonesian Cuisine….WONG SOLO…kami cuba masuk dan nak try rasa… Alhamdulillah tak menghampakan…ambil set utk 3 orang…ada ayam penyek..tempe dan tauhu(sedap pulak..biasa tak suka)…gado2…chicken wing ala2 crispy gitu…air mcm2 ada..ibu cuba air jagung..tak pernah cuba…ok juga…air jeruk pun ada..mean..jus oren…cuma air poligami tak berani nak cuba…takutttttttt!

:::fotonya ngak ada pakkkkkkk…kamera lupa dibawa…tapi tentunya kami akan  datang lagi…sedap pulak anak tekak dgn selera Indonesia…kitakan serumpun..dan teringat2 kat tempenya..hehehe!!!:::

Air Sesedap Rasa 7:51 am

1 liter air

750 gm gula

1/2 cawan mandarin

1 s/b esen perisa pisang

2 helai daun pandan disimpul

pewarna ikut kesukaan

Caranya:

Kesemua bahan dimasak hingga mendidih dan boleh dijadikan stok perisa(campurkan air masak ikut kesesuaian manis yg anda suka +ais kiub) dan anggaran kasar boleh diminum utk 50 orang lebih.

:::Resepi air ini diperolehi dari kakakku di Mempaga..katanya air ini disediakan untuk majlis kenduri di sana…dia menghidangkannya semasa berkunjung kat rumah dia beberapa bulan lalu….sedap anak tekak…apa lagi minta resepi aaaarrrrr..dan air ini dicuba semasa majlis Biz talk Alpha lipid kat rumah…dipadan ngan nasi kerabu biru utk lebih 10 famili,adik2 bujang…lakuuuuu…anak2 suka sangattttt…ibu setujuuuuuuuu!!!emoticon:::

Sayur Aneka CitarasaApril 24, 2009 7:38 am

Begitu lama menyepi..sehingga ada adik2 dah menegur..terlalu sibuk….ya dik..akak sekarang sibuk mengusahakan bisnes Alpha Lipid sejak Febuari lalu(paling komited dan sedang mengikuti talk bisnesnya..sapa minat boleh angkat tangan..join our team..hehe) …juga ada mengusahakan bisnes sampingan lain secara offline juga online…nak cari pendapatan lebih..nak2 hidup di kota besar…walau juga ada permintaan mengadakan kelas masakan..juga belum dapat kutunaikan lagi…maaf2 buat adik yang meminta kelas perseorangan..bukan tak sudi tapi masa tidak mengizinkan lagi.

Tapi minat menulis dalam dunia maskan belum padam…gambar dah ada..kadang tak sempat menaip resepi…tertangguh2 kerjanya..lebih2 lagi dengan kehadiran anak kecil penyeri hidup yg semakin aktif tak terkata!!!

Bagi tidak menghampakan adik2 khususnya yg newbie..di sini ada 1 resepi sendiri yang jadi koleksi..resepi ringkas dan mudah aja..ala2 masakan Kelate:

 Bahan2nya:

5 biji bawang merah dan sedikit lada hitam ditumbuk.

3-4 keping kerepok keping.

1/3 batang carrot..potong nipis

sedikit hirisan bawang besar

1 biji petola sederhana saiz-potong dan belah 2

sedikit budu

suhun dan soya kering…lufer pulak nama..tak dpt recall(direndam)

semangkuk air

Caranya:

Tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan carrot dan air. Bila mendidih masukkan keropok yg dipecahkan kecil2,bawang besar,budu, suhun,soya kering  dan petola.Biarkan masak seketika dan boleh dihidang panas2.

:::Resepi paling senang dan ringkas…tapi kadang2 sedap juga sekali sekala layan anak tekak..yang ringkas2 pun..time nak cepat lakan..kan!!!:::

 

 

 

 

 

Ruangan InfoMarch 11, 2009 12:38 am

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya…nyit. ..nyit… nyit dan tinggg…..! Makanan panas sudah pun terhidang.

Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah:

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan . Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an.

Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja.

Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan mati’; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. Penemuan mengejutkan Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun.

Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?

Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Antaranya:

http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2.htm

http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html

http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Petua Di Dapur, Salam Dari DapurFebruary 17, 2009 4:42 am

Ohhhh begitu lamanya tak mencoret sesuatu kat sini…keadaan tidak mengizinkan seperti kebiasaan..terima kasih buat yg masih sudi bertandang walau ia agak bersawang latelny ini.

Bukan apa..hari ini nak kongsi maklumat…baru dapat alamat web masakan ni dari Forum Wanita Niaga….ermmmm..masuk jgk2 sekejap tadi….menarik juga konsep yg diketengahkan belajar memasak berdasarkan klip video yg ringkas… resepi nampak ok…persembahan pun agak kemas.Sesuai gitu jika ada adik2(macam dah tua diriku…huhu) yang berhajat..mencari2 panduan untuk memasak di dapur…sebelum tu kita jgk sini dulu! JOM KLIK!!!

Jom layan video memasak sambil tambah bakat yg ada dalam diri…percayalah kita,anda ,saya boleh memasak dari sumber mana sekali pun…yakin boleh!!!!

 

Salam Dari DapurDecember 31, 2008 12:29 am

Hari ini hari terakhir tahun 2008…tahun Hijrah juga telah berakhir…cepatnya masa berlalu…blog ini bersawang lately…moga tahun 2009…dapat kupenuhi azam baru…terus menulis di blog resepi walau masa agak terhad..byk kepentingna lain yg perlu didahulukan..terutama bisnes offline & online yg baru kubuka…

Tapi minat dalam dunia masakan tak pernah padam…lagi2 dapat moral support dari cik abang sayang…banyak improvement katanya…dari segi rasa…huhuhu..rasa nak ambik catering ja…hehehe. Juga nak tambahkan skill dalam pembuatan kek..yg masih lum mahir2 lagik. Kalau dah mahir tu baru boleh start wat promosi…huhu..kalau ada rezeki…umur yg panjang la.

Moga2 Allah permudahkan urusanku,pembelajaranku dan impianku dalam dunia masakan….yang banyak lagi HARUS ku selidiki,kucari,kupelajari dan kukejari ilmunya!

"Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009…kata orang Jepun…"Akemashite omedetou Gozaimasu"

Siri Belajar Memasak, My biz-home bakery, Kelas ilmuNovember 11, 2008 1:16 am

:::Cubaan pertama gitu…ni hasil yg berguru kat YUMMY BAKERY…insya-Allah masuk list untuk jualan…mungkin juga akan dibuat kelas tapi kenalah practice make perfect dulu aaaarrrrr juga tunggulah anakanda yg kecik membesar dulu dan bila dah pindah rumah sendiri…dan tambah kelengkapan di dapur…harap2 tahun depan leh start seberapa segera…huhuhu….tak sabar nak masuk kelas lain pula nak tambah ilmu. emoticon emoticon emoticon:::

Keki To Muffin Oishii NeOctober 30, 2008 5:10 am

CHEESE FRUIT CAKE BEBOP : Sumber Resepi Diana

 

170 gram buah-buahan campuran

2 sudu besar jus oren

70 gram mentega

70 gram krim keju

70 gram gula perang

2 biji telur

1 sudu kecil pes lemon

80 gram tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

Nota: Kalau mahu anda boleh taburkan kepingan badam diatas adunan kek sebelum dibakar. Sewaktu D mencubanya, selepas D sediakan adunan tepung D masukkan campuran buah-buahan akhir sekali dan gaul sikit bila dah sebati D pun tuang adunan dalam loyang.

:::Resepi ini kita buat untuk tetamu yg datang beraya…juga kita doublekan resepinya & ubahsuai sikit yg mana perlu…guna 250 gm cheese so kurangkan hanya guna 50 gm mentega…manakala mix fruit cuma gunakan 300 gm…ok jugak..masih sedap dirasa..tak hairan jika D memberikan 5 bintang utk resepi ini..cayalah!:::

Seafood Pelbagai RasaOctober 24, 2008 7:10 am

Sumber:Baby Batriesya Fotopages


Udang(sederhana besar)
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit cili padi
Sedikit nestum
Telur
Daun kari
Garam
Gula

Goreng udang sebentar. Ketepikan. Tumiskan bawang putih, halia dengan cili padi serta daun kari hingga wangi. Pecahkan telur dan kacau dengan api kecil. Masukkan nestum dan udang tadi. Masukkan bahan perasa. Siap.

:::Walau agak simple tetapi tetap sedap…ada rasa kombinasi cili,halia bawang putih dan daun kari yang pasti cukup menyelerakan:::

Petua Di Dapur, Ruangan InfoSeptember 22, 2008 6:30 am

Kredit to : http://resipinoraini.blogspot.com/2008/06/mengenai-mesin-pengadun.html

Alat whisk,hook dan K-beater (paddle) Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita. Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega saja yang boleh menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis, sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.

Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun iaitu hook, paddle dan whisk.Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook.

Manakala paddle atau K beater ,digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkerim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai dan lain-lain pastri.

Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang perlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan lain-lain.Alat ini bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.

 :::Ambik info dari blog kak Noraini….senang nak rujuk..thanks a lot akak utk ilmu yg amat berguna ini!:::emoticon

Mee,Bihun N Laksa PilihanSeptember 18, 2008 6:58 am

4 sudu penuh penuh serbuk kari ayam dicampur air buat pes - ku guna babas
2 sdb cili mesin/cili boh -optional
1 atau 2 kotak santan - depend on suka pekat ke tak
1/2 cwn air asam jawa - ni adjas ikut tekak le
garam dan gula sesedap rasa
200 gm udang sederhana besar - buang kulit tapi kulit dan kepala di amik, direbus dan blend amik airnya. udang plak letak sebelah dulu yek, later taruk dlm kuah.
1-2 kg kerang direbus dan dibuang kulitnya
1 pek fishball - dipotong 3 atau 4
1/2 pek fish cake - potong
kacang panjang seikat kecil potong abt 1cm to 1.5cm
6 ketul taufuk (tauhu kering)
2 ekor ketam fresh
daun kari

bhn blend
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 cm halia

bhn hias
taugeh
telur rebus
sawi
cili hijau jeruk
bwg goreng
cili merah

1) tumis bhn blend dan daun kari sampai naik bau
2) masukkan rempah kari dan cili boh dan tumis sampai wangi dan naik minyak;
3) masukkan ketam;
4)masukkan air udang dan air abt 1 ke 2 liter dan didihkan…
5) masukkan fishcake, fishball, taufuk, kerang pastu perasakan dgn air asam, garam dan gula
6) dah didih masukkan santan dan bior didih slowly kejap
7) pastu baru masuk udang dan kacang panjang. pastu tutup le api. nak sedap lagi masuk skit bawang goreng ngan minyak dia skali so makna kata bawang goreng sendiri le bukan segera

**** mi kari ku nih…nak pasti rasanya power…make sure semua seafood tu fresh especially ketam le. penyedap kuah ni memang le ketam tu ngan air udang. klu dua benda ni tak fresh…hancuss le rasa kuah mi kari nih.

 

:::Memang sedap buat utk buka posa dlm minggu ni..lebih2 lagi kalau dapat pujian melambung dari cik abang sayang..siap ulang makan dia..resepi yang MESTI dicuba..thanks a lot kak Zana!Licinnnnnnn kuahhhhhhhhemoticon:::